Assignment 6 : Profile (10 Articles) of Successful Entrepreneurs by Business Areas
1. Azizah Ahmad ; Hiasan Berasas Rotan

    SEREMBAN 29 
April - Jika suatu ketika dahulu kraf tangan berasaskan rotan dianggap 
sebagai produk tradisional tetapi kini setelah dikomersialkan, ia 
menjadi produk moden yang lebih menarik serta meraih perhatian di 
kalangan penggemar kraf. Bukan
 itu saja, dengan memberi nilai tambah pada produk tersebut ia juga 
mampu dipasarkan ke luar negara seterusnya membuktikan pengusaha kraf 
tangan tempatan juga mampu bergelar usahawan berjaya. Hal
 tersebut diakui oleh usahawan kraf tangan berasaskan rotan, Azizah 
Ahmad, 44, yang turut meraih pendapatan lumayan berkat kegigihannya 
memartabatkan produk tersebut di dalam dan luar negara. "Dulu
 bila orang bercakap tentang rotan mereka akan teringatkan tudung saji, 
bakul dan dulang saja tetapi kini rekaan produk rotan jauh lebih moden 
dan trendy menjadikan ia semakin popular terutama di kalangan orang 
muda. "Berdasarkan
 pengalaman saya mengadakan pameran dan jualan kraf di luar negara, 
bangsa asing juga turut meminati kraf tangan rotan kerana keunikannya," 
kata Azizah ketika ditemui di bengkelnya di Taman Pinggiran 
    Senawang di 
sini hari ini. Kata
 Azizah yang sudah tujuh tahun menceburi bidang tersebut, sehingga kini 
produk rotan yang dikeluarkan oleh syarikatnya, Zafialno Enterprise 
berjaya dipasarkan di luar negara termasuk Singapura, Eropah dan United 
Kingdom. "Kejayaan
 ini adalah berkat daripada pelbagai galakan yang diberikan oleh pihak 
Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia cawangan Negeri Sembilan yang 
sering mengadakan promosi pameran dan jualan di luar negara dengan 
menyertai pameran kraf antarabangsa. "Penyertaan
 dalam program seperti ini banyak membantu mempromosikan produk kraf 
tangan pengusaha tempatan seperti saya," katanya yang akan menyertai 
pameran dan jualan produk kraf di Hong Kong tidak lama lagi. Azizah
 berkata, bengkel latihan usahawan kraf tangan anjuran badan tersebut 
sejak beberapa tahun lepas berjaya meletakkan dirinya sebagai usahawan 
rotan berjaya hari ini. Selain
 itu, kata Azizah, beliau juga berjaya meraih keuntungan daripada 
RM4,000 sehingga RM10,000 sebulan hasil daripada jualan produk rotannya 
bergantung kepada promosi.
 "Permintaan
 terhadap produk ini menjadi lebih tinggi kalau ada promosi jualan 
tertentu termasuk ketika 
    Hari Kraf Kebangsaan di Kuala Lumpur baru-baru 
ini apabila 300 sehingga 400 unit produk berjaya dijual," katanya. Bagi
 menampung permintaan yang semakin tinggi terhadap produk rotan, kata 
Azizah, beliau terpaksa mengupah 10 pekerja di bengkelnya yang terdiri 
daripada suri rumah yang ingin meraih pendapatan tambahan di kawasan 
tersebut. Kata
 Azizah, langkahnya untuk membangunkan industri rotan tidak terhenti di 
situ sahaja memandangkan beliau turut bercita-cita melahirkan lebih 
banyak usahawan kraf yang berjaya di negeri ini. "Kami
 baru saja menubuhkan Kelab Usahawan Negeri Sembilan dan melalui kelab 
ini kami akan berusaha menjalankan lebih banyak program yang dapat 
menjana pendapatan ahli," katanya.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0430&sec=Selatan&pg=ws_02.htm#ixzz2xKUUcFXu
2. Muhaimin Hasbollah ; Hiasan Kayu
    Terdapat 
sebuah perusahaan ukiran berasaskan kayu yang terkenal di Kampung Bangau
 Tanjung. Inakraf Woodcraft Industry terletak di Lot 511, Bangau Tanjung
 boleh ditemui kira-kira 10 hingga ke 15 minit perjalanan dari Bandar 
Temerloh. Inakraf Woodcraft Industry adalah hasil usaha sama dan titik 
peluh pasangan suami isteri, Muhaimin Hasbollah dan Zarina Awang Samah 
yang telah diusahakan sejak 1992. Pasangan yang dikurniakan dengan bakat
 semula jadi telah meneruskan seni ukiran yang semakin pupus di samping 
mendapat latihan menerusi Perbadanan Kraf Tangan Malaysia. Pembiayaan 
daripada TEKUN telah dapat memajukan perniagaan ini dan membantu 
syarikat berkembang dengan berkesan. Antara
 jenis kayu yang digunakan ialah Cengal, Meranti, Jelutong dan juga 
Nyatuh. Pemilihan kayu bergantung kepada tempahan dan permintaan 
pelanggan. Antara ukiran yang pernah dihasilkan oleh Inakraf Woodcraft 
Industry ialah ukiran hiasan Dewan Parlimen dan Istana Alam Shah. 
    Inakraf Woodcraft Industry turut mendapat tempahan dari luar negara 
seperti ukiran hiasan untuk sebuah restoran Melayu di Tokyo dan Jepun. 
Beliau kini dibantu oleh enam orang pekerja yang turut mahir dalam 
bidang ukiran. Kadangkala pelajar praktikal dari Perbadanan Kraf Tangan 
Malaysia turut menjalani latihan di sini. Hasil
 sesuatu tempahan, boleh menjangkau sehingga RM200,000 bergantung pada 
kriteria tertentu. Setakat ini, permintaan daripada pelanggan tidak 
putus-putus dan beliau bersama pekerja-pekerja tidak pernah menang 
tangan. Hasil daripada kejayaan ini, beliau telah dianugerahkan sebagai 
Usahawan TEKUN Cemerlang 2008. Beliau turut mendapat bantuan peralatan 
mesin daripada Kementerian Luar Bandar dan Wilayah 
3. Johani Baser ; Hiasan Perkahwinan

 
JEMPOL 14 Mei –
 Sesuatu produk kraf tangan memerlukan kreativiti tersendiri apatah lagi
 apabila ia dihasilkan daripada bahan terbuang seperti kertas surat 
khabar. Lebih membanggakan apabila hasil kraf tersebut mampu dijadikan sumber pendapatan dalam meningkatkan taraf hidup keluarga. Seorang
 peneroka, Johani Baser, 51, dari Felda Palong 7 dekat sini begitu 
kreativiti apabila menghasilkan pelbagai produk kraf tangan daripada 
surat khabar sejak lima tahun lalu yang kini dijadikan sumber 
rezekinya.Malah Johani yang sudah bergelar usahawan kraf tangan 
membuktikan kepada masyarakat setempat apabila berjaya membuka sebuah 
bengkel. Hari
 ini, sebut saja nama Johani di kawasan tersebut pasti semua 
mengenalinya termasuk hasil kerja yang menarik seperti bakul daripada 
surat khabar.
    Mengulas tentang pembabitan awal dalam perniagaan tersebut,
 ibu kepada lima orang anak itu memberitahu, ia bermula secara 
kecil-kecilan dari rumahnya.‘‘Saya melakukannya hanya untuk mengisi masa
 lapang. Namun siapa sangka bakul yang dihasilkan akhirnya berjaya 
menarik hati jiran tetangga. “Berkat
 sokongan mereka dan tempahan yang mula meningkat menyebabkan saya 
bercadang untuk menukarnya kepada perniagaan.‘‘Di peringkat awal, saya 
hanya dibantu oleh suami dan menjalankan kerja membuat bakul di dalam 
rumah,” kata Johani ketika ditemui di bengkel miliknya.Menurutnya, 
tempahan yang kian meningkat menyebabkan dia terpaksa membina sebuah 
bengkel khas untuk dijadikan tempat membuat bakul.“Di sini jugalah saya 
mempamerkan hasil kraf tangan saya. Lagipun jika ingin mendapatkan 
bantuan daripada Kraftangan Malaysia, peniaga harus mempunyai bengkel,” 
katanya.Dalam usaha menimba ilmu dalam bidang tersebut, katanya, dia 
pernah menghadiri pelbagai kursus anjuran Kraftangan Malaysia di Kuala 
Pilah.Perniagaan tersebut kini bertambah maju apabila produk kraf beliau
 tidak sahaja dipasarkan di negeri ini tetapi hingga ke Kelantan.
    Tentang
 kualiti produk, Johani berkata, dia yang juga merupakan seorang 
peneroka tidak berkompromi dalam perkara itu demi memberi kepuasan 
kepada pelanggan. Dari
 segi harga pula, produk kraf tangan yang dijual itu cukup berpatutan 
dan mampu dibeli oleh semua golongan.Sebagai contoh, kraf tangan bentuk 
itik yang dibuat daripada cawan kertas hanya dijual dengan harga 
serendah lima puluh sen.‘‘Kraf tangan menggunakan barang kitar semula 
seperti surat khabar ini tidak memerlukan modal yang besar,” katanya 
lagi.Beliau berkata, sekiranya ada pelanggan yang menempah barang dengan
 kuantiti yang besar, maka pihaknya akan memberikan harga yang lebih 
rendah.
    ‘‘Permintaan kraf tangan ini meningkat pada musim cuti sekolah. 
Kebanyakan pelanggan gemar menempah bakul kecil untuk mengisi telur pada
 majlis perkahwinan,” katanya lagi. Tidak
 mahu berada pada satu tahap saja, wanita ini cuba mempelbagaikan 
perniagaan dengan mengambil tempahan membuat hantaran.Dalam pada itu 
Johani juga sering mengadakan bengkel dengan kerjasama Kraftangan 
Malaysia Cawangan Negeri Sembilan dan Jabatan Kemajuan Masyarakat 
(Kemas) bagi berkongsi bakat yang dimilikinya.Sebagai perancangan pada 
masa depan, usahawan ini turut bercadang untuk membuka cawangannya di 
tempat lain suatu hari nanti.Selain menghasilkan bakul menggunakan surat
 khabar, dia turut membuat kraftangan menggunakan cawan kertas, rotan 
serta manik.
4. Mohd Azizudin Aziz ; Kaligrafi
Tulisan
 kaligrafi di atas permukaan kertas jerami padi yang dihasilkan oleh 
Mohd Azizudin Aziz tampak lebih menarik dan asli apabila dihiasi dengan 
taburan sekam padi.
MOHD AZIZUDIN AZIZ menunjukkan lampu tanglung yang dihasilkan daripada jerami padi.
    INOVASI
 kertas buatan tangan daripada serat batang pisang yang dihasilkan oleh 
Universiti Sains Malaysia (USM) memberikan ilham kepada usahawan 
Kraftangan Kedah, Mohd Azizudin Aziz, 34, memperkenalkan kertas buatan 
tangan daripada jerami padi. Menggunakan teknologi seperti yang 
diperkenalkan oleh USM, Azizudin menjadi pengusaha pertama yang 
memperkenalkan kertas daripada jerami padi di negara ini. Beliau, yang 
mendapat bimbingan daripada Kraftangan Malaysia cawangan Kedah, kini 
menumpukan sepenuh usahanya dalam menghasilkan produk kraf daripada 
kertas jerami padi. Antaranya ialah penghasilan lampu tanglung dan 
kaligrafi ayat-ayat al-Quran.
     Biarpun masih di peringkat inkubator, 
Azizudin yakin usahanya akan berjaya ditambah pula dengan sokongan dan 
bimbingan pemasaran secara komersial pihak Kraftangan Kedah. Selain 
cintanya terhadap seni kaligrafi, minat berniaga juga menyebabkan 
Azizudin tanpa ragu-ragu meninggalkan dunia perguruan dan beralih 
menjadi usahawan. Lulusan bidang Bahasa Arab dari Kolej Orman di 
Kaherah, Mesir ini pernah kerugian hampir RM10,000 apabila stok 
perniagaan mencetak kemeja-T dan kain telekung yang diusahakannya musnah
 ketika banjir.
  | 
| 
 
JERAMI yang belum diproses untuk dijadikan kertas. 
 | 
Bagaimanapun, istilah putus asa tidak pernah wujud menyebabkan beliau bangkit mencuba bidang baru.
"Tumpuan saya kini ialah menghasilkan produk kraf daripada kertas buatan
 tangan. Inovasi daripada jerami padi ini mulanya dijalankan oleh pihak 
Kraftangan sebelum diserahkan kepada usahawan untuk menghasilkannya 
secara komersil," jelas Azizudin yang kini dibantu oleh dua pekerja yang
 merupakan pelatih Latihan Kemahiran Tenaga Kerja (LTTK) 
Kraftangan.Ketika ditemui di inkubator Kraftangan cawangan Kedah, 
Azizudin menunjukkan cara-cara penghasilan kertas daripada jerami padi. 
Melihat kepada prosesnya, ia hampir menyamai penghasilan kertas kitar 
semula daripada bahan-bahan terbuang. Namun yang membezakannya ialah 
proses yang melibatkan jalan pintas yang lebih cepat dan mudah. 
Menariknya, penghasilan kertas ini tidak memerlukan mesin yang canggih 
dan berat serta modal yang besar. Selepas jerami direndam semalaman, ia 
dikisar hingga hancur. Kemudian, isi dan seratnya diasingkan bagi 
mendapatkan serat asli.
    Setelah itu ia dimasukkan ke dalam mesin yang 
mengandungi campuran air, suratkhabar lama dan bahan lendir daripada 
tumbuhan semula jadi. Lendir yang digunakan ialah lendir kacang bendi 
atau lendir daun bunga raya. Lendir ini bertindak sebagai gam atau bahan
 pelekat. Ia kemudiannya ditapis menggunakan penangguk yang dibuat 
mengikut saiz kertas yang diingini. Campuran yang sempurna akan 
menghasilkan tapisan yang tidak berketul-ketul dan rata di atas 
penangguk. Setelah itu, ia dikeringkan pada suhu bilik dengan melekapkan
 penangguk tadi secara terbalik di atas helaian kain dan ditekan agar ia
 rata. Setelah kering, helaian kain tadi ditarik secara perlahan-lahan 
meninggalkan jerami padi yang telah pun menjadi sehelai kertas.
  | 
| 
 
PELATIH memasukkan jerami yang direndam ke dalam pengisar. 
 | 
    Menurut
 Abdul Ghani Yob, pereka dari Kraftangan Kedah yang bertanggungjawab 
membimbing Azizudin, selain jerami padi, kaedah ini juga boleh digunakan
 bagi menghasilkan kertas daripada pokok bebaru, kain-kain dan jean 
terpakai atau apa sahaja bahan yang menepati konsep kitar semula.
"Bagaimanapun, penghasilan lampu tanglung dan kaligrafi daripada jerami 
padi yang diusahakan oleh Azizudin ini agak unik malah boleh 
diketengahkan sebagai produk kraf dari Kedah yang terkenal dengan 
jolokan Negeri Jelapang Padi," jelas Abdul Ghani. Kreativiti Azizudin 
jelas terbukti apabila tangan seninya menabur sekam padi di atas kertas 
yang terhasil.
    Tulisan kaligrafi di permukaan kertas jerami padi yang 
dihasilkannya tampak lebih menarik dan asli apabila dihiasi dengan 
taburan sekam padi. Mengakui memperoleh kepuasan dengan menghasilkan 
kaligrafi, beliau turut menyiapkan bingkai sendiri daripada pokok kayu 
pain. Tanpa bingkai, kaligrafi di atas kertas jerami padi itu dijual 
pada harga dari RM2 hingga RM120. Manakala kaligrafi yang berbingkai 
boleh mencecah sehingga RM700 mengikut saiz yang ditempah. Selain 
tempahan kaligrafi, beliau juga sedang menyiapkan tempahan 200 buah 
lampu tanglung daripada kertas yang sama. Lampu-lampu tanglung pelbagai 
warna itu cantik dan sesuai dijadikan hiasan siling mahupun di sudut 
rumah. "Kini tumpuan saya bukan sekadar kepada penghasilan kaligrafi dan
 tanglung sahaja, tetapi mensasarkan kepada rekaan lampu-lampu hiasan 
dinding gabungan kertas jerami padi dan rangkanya pula daripada kayu 
pine. "Insya-
    Allah, buat permulaan, pasarannya ialah kepada resort dan 
hotel di negeri ini," terang usahawan kreatif ini. Bagi pembaca yang 
berminat mendapatkan dan melihat keindahan lampu tanglung daripada 
kertas jerami padi dan kaligrafi al-Quran di atas kertas yang sama, 
bolehlah berkunjung ke Kompleks Kraf Kuala Lumpur di Jalan Conlay dari 
pukul 10 pagi hingga 10 malam. Hari Kraf Kebangsaan 2008 berakhir hingga
 7 April ini atau boleh menghubungi Teratak Cempaka Trading di talian 
012-4541262. - Bernama
Artikel Penuh:  http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.aspy=2008&dt=0403&pub=kosmo&sec=Varia&pg=va_02.htm#ixzz2xq5Fl4lh 
 
5. Catherine Senia Anak Jugi ; Cendera Hati
Gembira dengan apa yang dikecapi kini dan berharap dapat hasilkan lebih banyak koleksi beg anyaman pelbagai rekaan dan corak.
 
Senia menunjukkan daun mengkuang yang sudah dikeringkan dan akan dianyam menjadi produk kraf.
 
Koleksi rantai kunci.
 
Sebahagian koleksi beg syilling yang turut dihasilkan oleh Senia.
 
    Menganyam 
bakul, tikar, beg dan kotak cenderahati menggunakan daun mengkuang 
dilakukan dengan begitu berhati-hati oleh Catherine Senia Anak Jugi. Dia
 seboleh-bolehnya tidak mahu berlaku sebarang kerosakan lagi seperti 
sebelum ini kerana bukan senang untuk mencari daun mengkuang di kawasan 
kampung dan belukar apatah lagi jika hujan lebat lagilah pencarian itu 
memberi 1001 masalah. Menurut
 Senia, ibunya, Ipah A Kanbang sering berpesan supaya buat yang terbaik 
pada setiap barangan kraf tangan tersebut kerana itulah mata pencarian 
utama mereka sekeluarga. "Kami
 sekeluarga hidup susah. Saya anak ketiga daripada tujuh beradik. 
Pendidikan setakat darjah enam sahaja kerana ingin beri peluang 
adik-adik yang lain menyambung pelajaran ke peringkat tertinggi.
    "Jika saya 
terus bersekolah, mana mungkin ibu dan ayah dapat tampung perbelanjaan 
kami ini. Jadi, saya terpaksa berkorban demi masa depan adik-adik 
tersayang," kata penerima Anugerah Tukang Ulung bersempena Hari Kraf 
Kebangsaan 2013 baru-baru ini. Anugerah
 Tukang Ulung merupakan pengiktirafan kerajaan melalui Kraftangan 
Malaysia kepada usahawan kraf yang berpengalaman luas, berkemahiran 
tinggi dan mempunyai semangat daya saing serta daya tahan yang jitu 
terhadap bidang kraf yang diusahakan. Selain
 Senia, sembilan usahawan kraf iaitu Latif Long, Darwin Kunama, Awang 
Besar Pangeran Apong, Nayar Morumting, Litad Mulok, Nik Rahimah Nik 
Idris, Devaraj a/l Kandasamy, Yatim Bani dan Koh Kim Bock telah 
diiktiraf sebagai Tukang Ulung dan masing-masing menerima plak serta 
wang bernilai RM10,000 setiap seorang.
Pandai sejak kecil
    Bidang anyaman
 sudah sebati dengan dirinya sedari kecil lagi. Tambahan pula dia 
tinggal di kampung, maka aktiviti tersebut adalah kegiatan hariannya. Namun
 begitu, bukan calang-calang orang mampu membuatnya kerana ia memerlukan
 kesungguhan yang bukan sedikit. Perkataan jemu, penat, malas atau letih
 tidak ada dalam kamus hidup pengusahanya. Jika tidak, ia akan 
menjadikan seni kraf itu sebagai ‘beban yang tidak berkesudahan'. "Anyaman
 tidak menjadi bila mood rajin pengusaha hilang. Sebab itu, bila mood 
malas menganyam datang, saya turun ke sawah dan melakukan kerja-kerja 
kampung untuk menambah pendapatan. "Setakat
 ini tak adalah selalu mood malas itu datang. Cuma sekali-sekala sahaja.
 Itu pun setelah kekeringan idea untuk buat hasil kraf yang baru," kata 
Senia.
Menurut 
Senia, beberapa tahun lamanya juga dia membuat anyaman kraf itu. 
Rata-rata pembelinya datang dari Sarawak. Mereka yang membeli sering 
memuji gabungan warna dan rekaan kraf yang dihasilkan cukup menarik dan 
berkualiti tinggi. "Bangga
 itu tetap bangga namun kadang kala terdetik juga di hati ini, sampai 
bila mahu pasarkan kraf di sekitar Sarawak sedangkan ramai yang cakap 
prospek niaga bidang ini lumayan jika bijak cari pasaran," kata Senia.
Mula mendapat perhatian
    Lewat usia 20 
an, Senia didatangi pihak Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia 
cawangan Sarawak untuk bantu wanita itu mengembangkan bakat dan 
kemahirannya dalam bidang kraf. Memandangkan Senia sudah ada asas dalam kraf jadi pihak kraftangan menawarkan kelas jahitan beg untuk beliau. Sejak
 itu, Senia sering berulang alik dari Sarawak ke Kuala Lumpur untuk 
belajar sambil memperkukuhkan kemahiran yang sedia ada di samping 
belajar beberapa ilmu baru untuk mantapkan lagi kemahiran kraf tangan. Ketika
 belajar membuat jahitan beg, wanita gigih ini mengakui pada peringkat 
awal dia menghadapi masalah untuk menyiapkannya kerana kurang mahir dan 
tidak mempunyai pengalaman di bidang jahitan. “Jika
 jahitan tidak kemas dan tidak menepati kehendak pelanggan, saya 
terpaksa membukanya semula dan membaiki bahagian yang rosak atau tidak 
sesuai. “Ada
 ketikanya perasaan jemu itu bersarang di kepala kerana setiap hari 
melakukan tugas yang sama tetapi apabila memikirkan ia satu amanah yang 
perlu dilaksanakan dan menjadi punca rezeki keluarga, saya kembali 
bekerja dengan tenang," katanya sambil menambah beberapa beg seperti beg
 jinjing buluh, beg folio bemban dan beg jemputan berjaya dihasilkan. 
    Setelah
 hampir 28 tahun dalam bidang ini, Senia mampu mengukir senyuman puas 
kerana segala cita-citanya sudah tercapai. Dia telah berjaya membuka 
sebuah bengkel pembuatan beg di Sarawak, mempunyai tiga pekerja dan 
sentiasa mendapat tempahan daripada masyarakat setempat. "Walau tiada pendidikan tinggi, namun kejayaan mengiringi hidup saya. Yang penting, kita kena usaha untuk capai impian. "Walau
 sudah berada di peringkat selesa namun saya masih tetap belajar dan 
sertai pameran dan jualan sempena Hari Peneroka, Hari Kraf Kebangsaan 
dan pada program dan aktiviti umum sama ada di peringkat daerah, negeri 
atau kebangsaan. "Semuanya
 kerana mahu produk dikenali ramai dan mendapat tempat di hati semua," 
ujarnya yang telah merantau ke Jepun, Hong Kong, Germany dan beberapa 
negara lain khusus untuk promosi produknya itu.
6. Rohani Mat Piah ; Hiasan Kayu
  
TERDAPAT pelbagai jenis motif ukiran moden dihasilkan antaranya bunga pekan, paku pakis dan ketumbit. 
 | 
    KEASLIAN
 serta keunikan seni kraf tangan kayu yang diwarisi sejak turun-temurun 
adalah aset negara yang tidak ternilai harganya. Warisan seni itu 
mencabar kreativiti pembuatnya daripada pemilihan kayu, memotong dan 
mengukir sehingga menjadi kraf seni yang serba indah. Hasil rimba berasaskan kayu tersebut mempunyai pelbagai kegunaan daripada perabot, produk hiasan sehinggalah hadiah cenderamata.
Usahawan kraf
    Warisan Craft 
Wood merupakan salah sebuah bengkel usahawan kraf di bawah program Satu 
Daerah Satu Industri (SDSI) Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia 
(Kraftangan Malaysia) Pahang. Menerima
 sambutan yang menggalakkan, bengkel kraf tangan terletak di Kampung 
Darat Sanggang, Temerloh itu menghasilkan pelbagai jenis ukiran yang 
eksklusif dan menarik. Pemilik
 Warisan Craft Wood, Rohani Md. Piah yang juga penolong pengurus bengkel
 berkenaan berjaya menjalankan perniagaan kraf tangan berasaskan kayu 
rimba itu sejak 13 tahun lalu. Bersama
 suaminya Mohamad Mat Nor, yang juga pengurus bengkel itu, mereka 
mengendalikan operasi harian bengkel berkenaan bersama-sama enam 
pekerja. Malah,
 menariknya pasangan itu dipilih oleh kerajaan negeri untuk 
mempromosikan hasil ukiran congkak sempena pameran kraf tangan di Gedung
 Harrods, London, United Kingdom pada tahun 2006. 
    Bukan
 mudah menceburi bidang ukiran itu kerana ia memerlukan minat dan 
semangat yang tinggi di samping kemahiran si pengukir, jelas Rohani yang
 amat menitikberat ketelitian dalam setiap rekaan mengikut gaya dan 
penataan. Bagi
 Rohani, kerjaya dalam bidang pendidikan menjadi impiannya sejak di 
bangku sekolah. Setelah mendapat tawaran untuk mengikuti kursus yang 
dianjurkan oleh Kraftangan Malaysia cawangan Pahang, sejak itulah 
minatnya dalam bidang kraf kayu mula bercambah. Pada peringkat awal, Rohani menggunakan kemahirannya dengan menerima tempahan membuat kerusi dan meja sekolah. Berbekalkan
 semangat dan kesungguhan, beliau kemudian berjaya membuka bengkel 
sendiri pada tahun 2001 dengan modal sebanyak RM1,500 di samping bantuan
 mesin dari Kraftangan Malaysia. Kekayaan
 hutan rimba negeri Pahang, tidak menyukarkan Rohani mendapat bekalan 
kayu daripada pembekal di sekitar kawasan berhampiran. Antara jenis kayu yang diperlukan untuk membuat ukiran di bengkelnya ialah cengal, balau, merbau, mempisang dan nyatoh.
ROHANI memulakan perniagaan bengkelnya dari bawah dan kini mendapat tempahan dari seluruh negara.
   
    Motif 
tradisional menjadi pilihan utama Rohani dalam mengekalkan ciri-ciri 
eksklusif di bengkel antaranya motif bunga pekan, matahari, kenanga, 
ketam guri, ketumbit dan paku pakis. Produk
 ukiran yang dihasilkan adalah hiasan seni bina rumah, hiasan taman, set
 kerusi kayu, panel, ukiran mimbar, gazebo, rostrum, pergola, pagar dan 
sebagainya berdasarkan permintaan pelanggan serta inisiatif sendiri. Sementara
 itu motif kontemporari yang dihasilkan adalah bersesuaian dengan era 
moden seperti motif harlicornia, daun buluh dan tangkai padi. Ukiran
 berasaskan motif moden itu sering dibuat pada panel ukiran, set kerusi 
kayu, pemidang dan hiasan dinding mengikut tempahan yang diterima.
Pameran produk
    Bagi mengelak 
pembaziran kayu lebihan, Rohani menggunakannya untuk menghasilkan kraf 
tangan bersaiz kecil seperti rantai kunci, penanda buku, pelbagai 
cenderamata dan ukiran ayat-ayat bentuk kaligrafi. Rohani
 turut menyertai pameran yang dianjurkan oleh agensi kerajaan seperti 
Kraftangan Malaysia, Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan Pihak Berkuasa 
Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) dalam memperkenalkan 
kraf tangan berasaskan kayu dari bengkelnya. Hasil
 ukiran beliau turut mendapat sambutan yang menggalakkan terutama dalam 
kalangan penggemar kraf tangan dari Singapura yang menggemari ukiran 
bekas telur untuk majlis perkahwinan, rehal al-Quran, dulang hantaran 
dan bakul hamper. 
    Hari
 Kraf Kebangsaan yang berlangsung mulai 27 Februari hingga 11 Mac lalu 
juga memberi peluang kepada Rohani untuk mempamer dan menjual hasil 
krafnya kepada orang ramai. Dalam
 usahanya memartabatkan warisan seni ukiran kayu hingga ke peringkat 
global, Rohani turut menjadi tenaga pengajar kraf tangan di Kraftangan 
Malaysia cawangan Pahang dan Lembaga Perkayuan Malaysia (MTIB) bagi 
melahirkan tenaga mahir generasi akan datang.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0316&pub=kosmo&sec=Varia&pg=va_01.htm#ixzz2xq3TkSj2  
7. Nong Razali, 52 ; Hiasan Cenkerang siput 

 
    “SIAPA
 yang mahu beli hiasan cangkerang siput yang kamu buat? Itu pertanyaan 
yang diajukan salah seorang rakan kepada Nong Razali, 52, apabila dia 
menyatakan hasrat ingin berkecimpung dalam perusahaan menghasilkan 
produk kraf tangan berasaskan cangkerang siput sekitar tahun 1990-an 
dahulu. Biarpun
 diasak dengan soalan sebegitu, Nong yang berasal dari Kampung Tanah 
Hitam, Semantan, Kuching, Sarawak, membulatkan tekad mahu membuktikan 
kepada teman sekampungnya bahawa aksesori cangkerang siput itu nanti 
bakal mendapat sambutan sekiranya ia dihasilkan secara kreatif dan 
menarik. Sebelum
 ini saya berniaga kuih di Kuching, tetapi apabila balik ke kampung yang
 terletak berhampiran dengan kawasan pantai, saya dapati terdapat banyak
 cangkerang siput yang terdampar di pesisiran pantai.
     “Ketika
 itu saya mula terfikir yang saya boleh hasilkan sesuatu daripada 
cangkerang tersebut dan jika ia berhasil saya boleh jual kepada orang 
ramai terutamanya para pelancong yang berkunjung ke Sarawak," katanya 
ketika ditemui pada pameran Hari Kraf Kebangsaan 2014 di Kompleks Kraf 
Kuala Lumpur, baru-baru ini. Ibu
 kepada 11 anak ini memberitahu, selepas mendapat ilham tersebut dia 
terus mengutip cangkerang-cangkerang siput pelbagai saiz, warna dan 
bentuk untuk dibuat hiasan. Percubaan
 pertamanya menghasilkan tirai pintu daripada cangkerang siput rintik 
membuahkan hasil apabila mendapat sambutan menggalakkan daripada para 
pelancong yang terpesona dengan keunikan kraf berkenaan. Saya
 cuba jual di pasar, dan alhamdulillah pelancong yang datang tertarik 
serta berminat untuk membeli kraf yang saya hasilkan. Bermula dari situ 
semangat saya untuk mengembangkan perusahaan kraf berasaskan cangkerang 
siput semakin berkobar-kobar sampai sekarang. Permintaan
 daripada pelanggan juga semakin bertambah dan disebabkan tidak menang 
tangan, saya terpaksa mengupah penduduk kampung dan saudara-mara untuk 
membantu menyiapkan tempahan," ujarnya.
Proses pembuatan
    Ditanya 
tentang proses pembuatan produk kraf tersebut, Nong memberitahu, 
perusahaan berkenaan tidak memerlukan kos yang tinggi kerana cangkerang 
siput boleh dikutip di pesisir pantai. Meskipun
 murah, Nong memberitahu dia begitu teliti ketika memilih cangkerang 
kerana jika dibuat secara sambil lewa ia boleh menjejaskan keseluruhan 
kualiti kraf yang dihasilkan. Antara
 cangkerang siput yang sesuai digunakan untuk membuat produk kraf adalah
 seperti cangkerang siput jara, siput rintik, siput lompat, dan siput 
panjang. “Saya
 selalu berpesan kepada pembantu saya supaya hanya memilih cangkerang 
yang berkualiti seperti mempunyai warna yang menarik, saiz yang 
pelbagai, dan paling penting cangkerang mestilah dalam keadaan baik dan 
tidak retak. “Selepas
 berpuas hati dengan cangkerang yang dikutip, saya akan cuci dengan air 
biasa supaya semua kotoran seperti lumpur yang melekat akan tanggal 
sebelum dikeringkan," katanya. Nong
 berkata, proses membuat hiasan cangkerang akan menjadi mudah jika 
seseorang itu berminat dan kreatif untuk menghasilkan sesuatu rekaan 
yang menarik. Setakat ini dia mampu menyiapkan 30 jenis produk cangkerang siput termasuk tirai pintu dalam satu hari. Saya turut mempelbagaikan hasil kraf seperti menghasilkan bunga telur dan bingkai gambar. 
    Bagi
 meningkatkan kemahiran dan mempelbagaikan idea kraf, saya juga tidak 
melepaskan peluang untuk mengikuti kursus kraf tangan yang dianjurkan 
oleh Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia cawangan Sarawak," 
katanya. Kini,
 Nong sudah boleh menarik nafas lega kerana hasil perusahaan cangkerang 
siput sedikit sebanyak telah mengubah kehidupannya bersama keluarga dan 
mampu membesarkan 11 orang anaknya sehingga berjaya. “Saya
 rasa semua wanita boleh berjaya jika serius mahukan sesuatu. Biarlah 
dikritik dan idea kita dibantah oleh orang, tetapi kita harus berdiri 
teguh dengan pendirian kita dan buktikan kepada mereka bahawa kita tidak
 silap memilih langkah. Insya-Allah kejayaan pasti milik kita," 
tambahnya. Mereka yang berminat dengan hasil kraf Nong boleh menghubunginya di talian 019-4696848 atau email di Nurfazelaazemi@yahoo.com.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20140327/ke_05/Rezeki-cangkerang-siput#ixzz2xkInlcs9 
8. Siti Zauyah Mustafa, 38 ; Perencah Makanan
    PARA usahawan 
yang mengambil bahagian pada Karnival Usahawan Desa 2011 (KUD 2011) 
baru-baru ini mengakui, karnival yang dianjurkan oleh Kementerian Luar 
Bandar dan Wilayah (KKLW) telah membawa satu anjakan positif terhadap 
produk yang diusahakan. Siti
 Zauyah Mustafa, 38, yang merupakan pemilik C.T Five.M Enterprise yang 
mengeluarkan perencah makanan jenama Zauyah mengakui hakikat itu. Katanya:
 “Sebelum ini jenama Zauyah hanya bertapak di Kedah dan saya berpendapat
 dengan penyertaan saya pada KUD kali ini berupaya membantu produk saya 
menembusi pasaran luar terutama di Lembah Klang.
    ” Usahawan
 desa itu memberitahu, barangkali peluang untuknya agak cerah 
memandangkan produknya seperti perencah seperti mi udang dan ayam goreng
 berempah keluaran bumiputra masih terhad dipasaran. KUD
 yang berlangsung pada 21 hingga 25 September lalu di Laman 1Malaysia 
Presint 2, Putrajaya antara lain berjaya menghimpunkan kira-kira 500 
usahawan luar bandar. Mereka mempamer dan menjual empat kategori utama produk iaitu makanan, kraftangan, herba dan perkhidmatan. Bukan
 sahaja kesemua barangan dijual pada harga berpatutan malah para 
pengunjung juga berupaya menjana idea untuk mengubah suai atau 
mendekorasi kediaman.
SANTAN sawit antara inovasi baharu yang menarik perhatian orang ramai.
ArtikelPenuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.aspy=2011&dt=1011&pub=kosmo&sec=Urban&pg=ur_
02.htm#ixzz2xpwZ40Vn  
9) Hanizah Zainudin ; Hiasan Emas Dan Perak
LATIF (kiri) 
dan Hanizah menunjukkan produk kraf serta aksesori emas sadur yang boleh
 dijual oleh rakan niaga yang berdaftar dengan mereka.
    TIDAK dinafikan bahawa melibatkan diri dalam perniagaan menjanjikan pulangan yang berganda berbanding bekerja makan gaji. Sungguhpun
 begitu, tidak ramai yang mampu menyediakan modal bagi memulakan sesuatu
 perniagaan selain pada masa yang sama tidak berani menanggung risiko 
kerana khuatir berdepan dengan kegagalan. Hakikatnya
 modal dan ilmu perniagaan perlu ada bagi menjamin kelestarian sesuatu 
perniagaan. Namun bagi yang berminat berniaga, tetapi tidak mempunyai 
modal, kini penyelesaian terbentang di depan mata. 
    Koperasi
 Jaringan Usahawan Selangor Berhad (Kojaring) dengan kerjasama syarikat 
pengeluar produk kraf logam bumiputera D’or Rue Sdn. Bhd. merupakan 
syarikat pertama yang menyediakan modal niaga bagi perniagaan 
berkonsepkan kraf serta emas yang disalurkan oleh Tabung Ekonomi 
Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional. “Kita tidak akan berikan modal berupa wang tunai, tetapi dalam bentuk barangan.
“Contohnya, 
dalam pembiayaan pinjaman RM30,000, pihak kami akan memberikan produk 
dalam bentuk emas tulen 999 seberat 70 gram dan produk-produk kraf emas 
sadur yang bernilai RM17,600 untuk diniagakan selain simpanan tunai 
RM7,500,” kata Pengerusi Kojaring, Latif Kachong.
Latihan perniagaan
D'OR RUE 
mengeluarkan pelbagai produk hiasan termasuklah aksesori fesyen, 
cenderamata korporat dan perhiasan berkonsep tradisional serta 
kontemporari.
    Ujarnya,
 modal berupa jongkong emas tulen itu digunakan bagi tujuan cagaran 
kepada pinjaman dan akan disimpan oleh koperasi sebelum dipulangkan 
kepada usahawan selepas selesai pembayaran pinjaman.
Dalam hal ini,
 usahawan bukan sahaja berniaga, tetapi turut membuat pelaburan dengan 
emas yang nilainya semakin meningkat saban tahun. Menurut
 Latif, pihaknya menawarkan dua jenis rakan niaga iaitu Rakan Niaga 
Perunding Emas (akan memperoleh pembiayaan modal niaga RM5,000) dan 
Rakan Niaga Pengurus Emas (akan memperoleh pembiayaan modal niaga 
RM30,000). “Selain
 daripada itu, terdapat 16 kelebihan sebagai rakan niaga antaranya 
khidmat tebus gadai, insentif memperkenalkan rakan usahawan baharu, 
dividen tahunan, diskaun pembelian kepada usahawan dan khairat 
kematian.
     “Kita mencari 50 rakan niaga dan sesiapa yang mendaftar awal serta lulus permohonan pembiayaan akan mendapat hadiah menarik. “Ia
 berupa percutian lima hari empat malan ke Bali atau Phuket dan tiga 
hari dua malam sama ada ke Langkawi, Port Dickson atau Kuantan,” 
ujarnya. Dalam
 pada itu, Pengarah Urusan D’or Rue, Hanizah Zainudin memberitahu, 
usahawan akan mendapat 50 peratus diskaun belian produk kraf. “Latihan perniagaan turut diberikan kepada mereka selain menyediakan khidmat selepas jualan. “Sebagai
 contoh, kita ajar usahawan bagaimana cara untuk mencuci emas. Mereka 
hanya membeli cecair pencuci emas dalam botol kecil yang berharga RM15 
dan percaya atau tidak, mereka mampu mendapat untung antara RM600 hingga
 RM1,000,” jelasnya. Katanya lagi, jika mereka tidak boleh menjual emas, mereka boleh menjual aksesori fesyen untuk mereka jana pendapatan.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0818&pub=kosmo&sec=Varia&pg=va_01.htm#ixzz2xpzM4k00 
10. Kamal ; Batik Kelantan
PRODUK batik adalah 'komoditi' berharga dalam usaha memperkenalkan identiti pelancongan Malaysia di luar negara.
    "KAU
 hendak pergi Kelantan, jangan lupa belikan batik yang cantik-cantik dan
 murah di sana." Permintaan ini biasa didengar apabila ada keluarga, 
saudara mahupun teman menyuarakan hasrat untuk berkunjung ke Kelantan. Batik
 sinonim dengan Kelantan, selain makanan seperti laksam, nasi dagang, 
nasi kerabu dan pelbagai lagi jenis kuih yang unik dari segi nama dan 
rasa. Boleh
 dikatakan setiap sudut di negeri itu terpamer perusahaan batik sekali 
gus memberi pelbagai nilai pilihan kepada pencinta batik. Sekiranya
 tidak mempunyai masa, berkunjung ke lorong-lorong Pasar Siti Khadijah 
iaitu pusat beli-belah popular di Kelantan, boleh memudahkan seseorang 
memilih batik yang digemari. Bukanlah
 suatu yang asing apabila terdengar suara peniaga di pasar itu dengan 
pelbagai nada memanggil pelanggan: "Wei adik manih... masuk masuk, 
mace-mace jenih ado, ado jenih lukis tange atau batik dari luar negaro 
pun ado..hargo muroh sikit." (Adik manis, masuk-masuk, macam-macam jenis
 ada, jenis lukis tangan atau batik dari luar negara pun ada, harga 
murah sedikit)
    Tidak 
dinafikan bahawa usahawan batik di Kelantan ketika ini bersaing dengan 
lambakan batik dari negara luar seperti Thailand, Korea dan China. Sejauh manakah lambakan batik dari negara luar ini memberi impak negatif kepada perusahaan batik Kelantan? Pengarah
 Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (PKKM) Cawangan Kelantan, 
Khamis Yasim berkata, kesan yang dialami tidaklah sampai menjejaskan 
perusahaan batik Kelantan kerana batik Kelantan masih menjadi pilihan 
ramai. "Kita
 tidak boleh halang kehadiran batik dari negara luar cuma apa yang kita 
boleh lakukan adalah mempertingkat promosi batik Kelantan," katanya. Buat
 masa ini, Kelantan mempunyai 245 pengusaha batik yang aktif dalam 
bidang itu dan berdasarkan rekod, industri batik menyumbang sebanyak 80 
peratus daripada hasil jualan kraf tradisional. "Berdasarkan
 program promosi yang dilakukan Kraftangan Malaysia, hasil jualan seni 
kraf di Kelantan meningkat daripada RM5.62 juta pada tahun 2008 kepada 
RM6 juta tahun 2009 dengan batik menjadi penyumbang terbesar," katanya. Ini memberi erti bahawa lambakan batik dari negara luar tidak menjejaskan industri batik Kelantan.
Keaslian dan keunikan
Masyhurnya 
batik Kelantan dari dalam hingga ke seluruh pelosok dunia, terletak pada
 kualiti yang menjadi pegangan setiap pengusaha batik Kelantan. Justeru,
 Khamis berkata, persaingan daripada batik negara luar perlu diserang 
kembali dengan peningkatan dan penjagaan kualiti batik Kelantan yang 
merupakan identiti penting sekali gus membezakan batik dari negeri itu 
dengan Thailand, Korea dan China. "Sebagai
 contoh, pengusaha batik Kelantan amat menitikberatkan pemilihan corak 
rekaan, motif, kain dan juga warna, kerana ingin menjaga kualiti batik 
yang dihasilkan. Malah, corak yang dihasilkan juga hanya ada satu dan 
tidak akan ada dua. "Berlainan
 pula dengan batik dari Thailand, Korea dan China kerana corak yang 
mereka hasilkan semuanya sama. Kain yang digunakan pula adalah kain 
poliyster. Ia tidak selesa dipakai dan disebabkan itulah harganya 
murah," katanya.
Bantuan untuk usahawan
  | 
| 
 
CONTOH sutera Tenun India (kanan) dan sutera Creep diperkenalkan di perusahaan MasKamal Batik & Trading. 
 
 | 
    Bagi 
Kraftangan Malaysia, pelbagai usaha dilakukan untuk membantu usahawan 
industri kraf menjana pendapatan menarik sekali gus membina namasehingga
 ke arena antarabangsa. Menurut
 Penolong Pengarah (Ketua Bahagian Pembangunan Usahawan) PKKM Cawangan 
Kelantan, Faizul Azha Ibrahim, khidmat nasihat, motivasi, promosi dan 
kursus perniagaan sentiasa diadakan bagi membantu usahawan industri 
kraf.
     "Bukan
 saja batik tetapi untuk kesemua industri kraf. Kraftangan Malaysia 
membantu misalnya dari aspek penyediaan program pembangunan usahawan, 
skim inkubator, skim khidmat kraftangan ataupun program Satu Daerah Satu
 Industri (SDSI). "Di
 Kelantan sahaja ada lapan projek di bawah SDSI. Misalnya di Kota Bharu,
 tumpuannya pada batik. Tumpat pula fokus pada barangan logam dan perak 
sementara Pasir Mas pada anyaman rotan.
     "Selain
 itu, Karyawan Malaysia juga ada memberi bantuan dari sudut prasarana 
dan mesin selain membawa usahawan menyertai mana-mana promosi seperti 
Hari Kraf Kebangsaan, atau yang terbaru, promosi Kraf Tekstil 2010 yang 
berlangsung pada 13 hingga 25 Oktober ini," katanya.
Identiti sendiri
    Bagi pengusaha
 batik di Jalan Kuala Krai, Ketereh, Kelantan, Mat Kamal Abdullah, 
situasi lambakan batik negara luar tidak dilihat sebagai satu 
permasalahan. Menurutnya, majoriti pelanggan tetap mengunjungi kedainya 
untuk mendapatkan kain batik yang digunakan untuk koleksi busana 
mereka. Kamal
 yang mengusahakan MasKamal Batik & Trading hasil gabungan nama 
isterinya, Che Mastura Ismail, meletakkan kepuasan hati pelanggan 
sebagai puncak segala urusan perniagaan mereka. "Tidak jadi masalah dengan lambakan batik dari negara luar kerana MasKamal Batik ada identiti tersendiri. "Warna
 yang kami gunakan memang berbeza setiap kali kerana ia bergantung pada 
permintaan pelanggan hari ini yang lebih menyukai warna lembut. Kalau 
dulu, warna garang jadi pilihan. "Corak
 yang kami gunakan pula lebih ke arah gabungan seperti bunga, tumbuhan 
liar darat dan tumbuhan liar laut. Inilah identiti MasKamal Batik & 
Trading," katanya. Tambahnya,
 perusahaan batik merupakan perniagaan yang menguntungkan apatah lagi 
apabila berpeluang menyertai promosi di bawah Kraftangan Malaysia. Hasil
 jualannya pernah mencecah hingga RM60,000 ketika mengikuti program 
tersebut. "Batik suatu produk seni yang unik dan kepuasan menghasilkannya sangat bernilai," katanya. - Bernama
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=1019&pub=kosmo&sec=Varia&pg=va_02.htm#ixzz2xq2jHJJ0