Contact

Monday, April 21, 2014

From Zero to Hero (Joe C. "Jodie" Thompson, Jr.)

 

Profail JOE C. "JODIE" THOMPSON, JR. (Pengasas 7-Eleven)

Tempat kelahiran : Dallas, Texas

Kewarganegaraan : Amerika Syarikat

Tahun lahir : 1901

Tarikh kematian : 1961

Pendidikan : Sarjana Muda (University of Texas)

Industri : Peruncit (Convenience Store) / Francais


Produk : Slurpee Beverage, Big Gulp Beverage Cup, kopi, sandwiches, makanan segera, gasolin, produk tenusu (sejuk beku) serta pelbagai produk keperluan harian

Anggaran pendapatan (sehingga tahun 2009) : USD 84.8 billion (anggaran)

Jumlah pekerja (sehingga tahun 2010) : 45,000 orang


Pengurusan Tertinggi 7-Eleven (Terkini )


Nama
Jawatan
Joseph DePinto
President and Chief Executive Officer
Darren Rebelez
Executive Vice President and Chief Operating Officer
Stanley Reynolds
Executive Vice President and Chief Financial Officer
Jesus Delgado-Jenkins
Executive Vice President, Merchandising, Marketing, Logistics and Innovation
Chris Tanco
Executive Vice President and Head of International
Rankin Gasaway
Senior Vice President, General Counsel and Secretary
Krystin Mitchell
Senior Vice President, Human Resources


Sejarah Penubuhan

Syarikat 7-Eleven ditubuhkan pada tahun 1927 di Dallas, Texas oleh seorang pekerja syarikat Southland Ice iaitu Joe C. "Jodie" Thompson, Jr. Beliau memulakan perniagaan dengan menjual susu, telur dan roti di rumah ais milik syarikat yang telah diubahsuai. Walaupun wujudnya kedai-kedai runcit kecil di sekitar kawasan beliau, keunikan perniagaan Joe C. " Jodie" Thompson , Jr. adalah beliau menjual barangan sejuk beku seperti roti dan susu di mana barangan tersebut boleh disimpan dalam tempoh yang lama. Melalui cara ini, ianya mengurangkan kos, tenaga dan jarak perjalanan penduduk setempat untuk mendapatkan barangan keperluan asas yang mana kebiasaannya barangan keperluan asas ketika itu hanya boleh didapati di bandar-bandar sahaja. Thompson akhirnya membeli syarikat Southland Ice  dan menukar nama syarikatnya kepada Southland Corporation dan mula membuka beberapa francais di sekitar Dallas, Texas.
  
Bidang automobil telah menjadi semakin berkembang dan selari dengan itu, bahan api mula menjadi keperluan. Syarikat Southland Corporation mula menjual petrol pada tahun 1928, sekali lagi mengambil peluang dari apa yang masyarakat setempat perlukan. Pelanggan mereka juga telah mengemukakan idea supaya satu stesen minyak berukuran 60 kaki diwujudkan di belakang syarikat berkenaan bagi memudahkan mereka datang dan pergi bagi mengisi minyak.

Pada tahun 1936, orang ramai termasuk ada yang sanggup datang dari jauh untuk membeli-belah beli-belah di syarikat ini kerana perkhidmatan yang ditawarkan misalnya seperti dawai kokot, barangan dalam tin dan pada musim panas pula minuman tembikai dalam tin dijual. Seterusnya, syarikat ini mula menjual minuman keras seperti bir dan melonjakkan nama syarikat ini. Pada tahun 1963, kedai ini telah meningkat ke jumlah 1000 buah kedai.


Mempunyai sejarah yang panjang dan unik, minuman Slurpee mencipta satu lagi sebab kenapa pelanggan amat gemar dan kerap untuk datang ke 7-Eleven. Sensasi minuman berkarbonat separuh beku, pada asalnya diperkenalkan sebagai "Icee" pada tahun 1965 dan kemudian minuman ini dilancarkan semula dengan nama yang baru iaitu Slurpee. Permintaan daripada masyarakat setempat telah menjadikan syarikat ini semakin berkembang sehingga 1500 buah kedai dibuka bagi memenuhi permintaan ini.

7-Eleven juga memperkenalkan kopinya sendiri dan ternyata, minuman kopi yang diperkenalkan oleh 7-Eleven mendapat sambutan hangat, tambahan pula perkhidmatan yang disediakan ternyata cepat dan mudah (konsep layan diri).


Dengan orang yang bekerja semakin bertambah dan banyak menghabiskan masa di luar rumah, permintaan pelanggan mula berubah. Pilihan diperluas dan pengguna menuntut bukan sahaja kepantasan dan kemudahan perkhidmatan, tetapi juga pelbagai termasuklah dari segi kualiti dan nilai. Sebagai tindak balas kepada anjakan budaya tahun 1990-an iaitu "untuk gaya hidup yang lebih sihat", 7 -Eleven membina infrastruktur untuk menyokong produk makanan segar yang dapat dihantar setiap hari kepada pelanggan, walaupun pada hari cuti dan ini menjadikan stor 7-Eleven meningkat kepada 15000 buah.

7-Eleven mula membangunkan bangunan-bangunan logistiknya sendiri yang dapat menyimpan dan menjamin kualiti produknya agar sentiasa segar. Antara produk-produk baru yang dijamin segar oleh 7-Eleven adalah seperti Cafe Select Coffee, Deli Central Sandwiches, World Ovens (pastri) dan Cafe Cooler (kopi Cappucino sejuk beku). Pada awal tahun 2000 , 7-Eleven memberi tumpuan kepada produk-produk segar ini dan kemudiannya sebanyak 25000 kedai dibuka pada masa yang syarikat itu menyambut ulang tahun ke-75 .
 


Kini, di 7-Eleven pelanggan boleh mendapatkan lebih kurang 300 produk berasaskan makanan mahupun bukan makanan termasuklah menyediakan khidmat mesin ATM, menambah nilai kad prabayar telefon bimbit ataupun menambah nilai e-wallet menggunakan aplikasi PayNearMe.
Melalui 86 tahun dalam perniagaan, misi 7-Eleven adalah masih untuk berkhidmat pelanggan di lebih daripada 52100 kedai-kedainya di seluruh dunia. Anda akan terus mencari barangan alat tulis, sandwich segar, minuman berkarbonat dan pelbagai lagi barangan yang boleh didapati di mana-mana 7-Eleven berdekatan dengan anda 24 jam sehari.
 
Bagaimana 7-Eleven Mendapat Namanya?

Tempat perniagaan beliau dikenali sebagai Tote'm Stores pada mulanya dan ditukarkan kepada nama 7-Eleven pada 28 April 1999. Nama 7-Eleven diilhamkan daripada waktu bekerjanya yang bermula pada pukul 7 pagi hingga 11 malam dan 7 hari seminggu.

Konsep Perniagaan 
 
Konsep perniagaan 7-Eleven adalah perniagaan francais / convenience store dan sehingga kini, lebih 8,600 francais berlesen telah didaftarkan  di Amerika Syarikat dan Kanada serta lebih 52,100 francais di 16 buah negara, di mana lebih 10,300 francais terletak di Amerika Utara. Pada awal penubuhannya, 7-Eleven hanya menjual ais dan kemudian berkembang dengan menjual susu, roti, telur dan pelbagai barangan keperluan asas yang lain. Kini, setiap francais 7-Eleven menawarkan lebih 2,500 barangan keperluan harian. Antara negara yang mempunyai francais 7-Eleven adalah Jepun, Taiwan, Thailand, Korea Selatan, China, Malaysia, Mexico, Singapura, Australia, Filipina, Indonesia, Norway, Sweden dan Denmark. 7-Eleven, Inc. ialah syarikat milik persendirian dan menjadi anak syarikat milik penuh Seven-Eleven Jepun Sdn Bhd di Tokyo, Jepun, dan gabungan kedua-duanya ialah pada 9 November 2005.

Produk / Perkhidmatan

 


Antara produk / perkhidmatan yang ditawarkan 7-Eleven adalah produk label persendirian, termasuk Slurpee, minuman ringan ciptaan pengasas 7-Eleven sendiri dan kemudiannya produk baru telah diperkenalkan pada tahun 1967 yang diberi nama Big Gulp. Minuman ringan ini dipek dalam bekas minuman plastik bersaiz 20-64 AS (0.59 hingga 1.89 liter).  

Selain Slurpee dan Big Gulp, 7-Eleven terus berkembang dengan memperkenalkan pelbagai lagi produk makanan dan juga konsep iaitu termasuklah filem Quik, perkhidmatan sewaan video, memperkenalkan gas Citgo (jenama gas yang dijual di banyak lokasi sehingga tahun 2006) dan juga pernah menjadi CEO Auto Parts (1979-1990) tetapi kemudiannya dijual kepada syarikat AutoZone. 7-Eleven telah membeli White Hen Inc. pada 10 Ogos 2006, kebanyakannya di dalam atau di sekitar Chicago, kawasan Illinois, dan telah menukar kedai-kedai ini menjadi 7-Eleven.

Sejak 2005, syarikat ini telah menawarkan 7-Eleven Speak Out Wireless iaitu perkhidmatan telefon prabayar di mana telefon bimbit boleh dibeli terus dari kedai 7-Eleven di Amerika Syarikat atau Kanada di mana kad prabayar ini boleh diaktifkan serta-merta.

Pada 3 November, 2009, 7-Eleven mengumumkan bahawa ia telah memperkenalkan dua jenis wain di Amerika Syarikat dan Jepun yang diberi nama Yosemite Road.











Jatuh dan Bangun dalam Dunia Perniagaan

The Southland Corporation pada akhir 1980-an diancam oleh pengambilalihan korporat , mendorong keluarga Thompson mengambil langkah untuk menswastakan syarikat dengan membeli daripada pemegang saham awam (public shareholders) melalui tawaran tender. Pada tahun 1987 , John Philip Thompson , Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif  (CEO) 7 -Eleven , telah melabur sebanyak $5.2 bilion bagi menyelamatkan perniagaan yang diasaskan oleh bapanya ini. Namun pada tahun 1987, pelaburan ini mengalami kerugian akibat kejatuhan pasaran saham. Selepas gagal pada mulanya untuk meningkatkan keuntungan bagi melangsaikan hutang syarikat, syarikat itu dikehendaki menawarkan sebahagian daripada saham syarikat sebagai dorongan untuk melabur dalam bon syarikat. 

Operasi dalam tempoh ini dengan kos faedah yang sangat tinggi, syarikat ini yang telah diswastakan, terus menghadapi masalah kewangan yang teruk - beban hutang yang tinggi dan pihak pengurusan terpaksa melakukan penstrukturan semula, pelbagai bahagian terpaksa dijual dan salah satunya Ice Division dan Chief Auto Parts (salah satu francais yang menghasilkan komponen kenderaan), yang diambil alih oleh Southland pada tahun 1979 untuk menyediakan kemudahan kepada salah sebuah kedai 7-Eleven, telah dijual pada tahun 1990 kepada General Electric dan kemudian dibeli oleh AutoZone . Pada tahun 1998 , syarikat itu telah diselamatkan daripada muflis oleh syarikat Jepun iaitu Ito- Yokado, pemegang francais terbesar dalam syarikat 7-Eleven. Penstrukturan semula (pengecilan) ini juga menyebabkan banyak cawangan atau 7-Eleven terpaksa ditutup terutamanya di kawasan bandar (metropolitan) kerana tidak dapat bersaing dengan pengusaha francais yang lain.

Strategi dan Kunci Kejayaan 7-Eleven

Merekrut Pemegang Francais Baru

Setiap hari , 7 -Eleven merekrut  pemegang francaisnya bagi memasarkan produknya kepada pelanggan dengan konsep layan diri dan pada harga yang rendah serta segar.

Dalam membeli produk dari pembekal, 7 -Eleven mensasarkan :

  • Menjadi yang pertama (perintis) memiliki produk baru.
  • Mendapatkan produk-produk yang terbaik bagi setiap kategori barangan.
  • Satu-satunya peruncit yang membawa produk tertentu.
  • 7 -Eleven mempunyai barangan baru setiap minggu, dan terus melabur semula dalam usaha pembangunan produknya.

Meluaskan Kuasa Membeli sambil Memperolehi Keuntungan Besar

7 -Eleven membeli lebih daripada 6,700 kedai-kedai di Amerika Syarikat sahaja . Kuasa membeli yang hebat membantu 7 -Eleven dapat menentukan  harga yang bersesuaian dan mewujudkan syarat-syarat yang akan diikuti oleh pemegang lesen francaisnya.  Kesimpulannya, pengguna dapat membeli produk daripada 7-Eleven pada harga yang lebih murah sambil mengekalkan margin keuntungan syarikatnya pada tahap paling maksimum.

Proses Pengagihan Disatukan dan Mempercepatkan Penghantaran Harian

7 -Eleven bekerjasama dengan pembekal di seluruh dunia dalam usaha untuk mewujudkan produk baru yang dapat menambat hati pelanggan.Oleh itu, produk-produk keluaran 7-Eleven akan menjadi aset yang berharga bagi setiap pemegang lesen francaisnya.7 -Eleven telah mewujudkan pusat-pusat penyatuan berpusat, supaya semua produknya perlu tiba di tempat penghantaran (setiap cawangan 7-Eleven) dalam masa hanya sehari.

Menyediakan Latihan dan Sokongan (Industry Leading) secara Berterusan kepada Pemegang Francais

Sama ada untuk langkah pertama ke dalam operasi runcit, atau langkah seterusnya dalam pemilikan berbilang unit , 7 -Eleven menyediakan latihan yang sesuai dengan keperluan setiap francais . Semua pemegang francais yang baru akan dikehendaki melengkapkan orientasi yang terdiri daripada sesi kelas interaktif yang perlu dilengkapkan 7-Eleven Store Support Center di Dallas. Di sana, latihan kendiri dalam stor dan sokongan lanjutan yang berterusan dari Perunding Perniagaan (Business Consultant) 7-Eleven sendiri akan diberikan bagi melahirkan pemegang francais yang kompeten.

Untuk kakitangan kedai, 7 -Eleven menawarkan sesi latihan dalam stor serta modul latihan berasaskan komputer yang interaktif , trackable , dan sentiasa dikemaskini untuk memastikan kakitangannya berada di barisan hadapan dalam memberikan perkhidmatan kepada pelanggan.


7 -Eleven juga menyediakan perkhidmatan sokongan yang komprehensif dalam bidang-bidang berikut :


  • Simpan kira dan perakaunan perkhidmatan teknologi
  • Harta dan kelengkapan
  • Sokongan Merchandising
  • Pengedaran produk
  • Sokongan pengiklanan


 
Pencapaian

  • No. 5 among Top 100 Global Franchises by Franchise Direct for 2014
  • Named one of Retail Leader's 2014 Leading Retailers
  • No. 1 on the CNN TRAVEL International staffers list of favorite chains in the world for travelers.
  • No. 1 on Entrepreneur magazine's "Top Global Franchises" list for 2013
  • No. 2 on Franchise Times "Top 200 Franchises" list for 2013
  • No. 3 on Fast Company's "World's Top 10 Most Innovative Companies in Retail" for 2013
  • No. 4 on Entrepreneur magazine's "Top 10 Franchises" for 2013
  • America's Best Franchises ranks 7-Eleven in the Top 50 of its 2013 Franchise 500
  • No. 1 in Store Growth by Convenience Store News for 2012
  • No. 2 on Forbes magazine's "Top Franchise for the Money" for 2012
  • Forbes magazine rates Slurpee® Lite frozen drink as one of nine products that triumphed in 2012
  • No. 2 on AllBusiness "Top 5 Franchises" for 2012 and ranks no. 3 in brand awareness and no. 6 in longevity among top franchises 
  • No. 12 among Top 75 Retailers & Wholesalers by Supermarket News for 2012
  • Recognized by Retail Information Systems News (RIS) as an original retailing pioneer in "10 Retailers That Shook the World Part 2" published in February 2012

Bilangan Cawangan 7-Eleven di Seluruh Dunia




Sumber : 
1) http://en.wikipedia.org/wiki/7-Eleven#History
2) http://corp.7-eleven.com/AboutUs/History/tabid/75/Default.aspx
3) http://corp.7-eleven.com/Newsroom/BackgroundInformation/7ElevenProfile/tabid/164/Default.aspx
4) http://franchise.7-eleven.com/business-system
5) http://www.bizjournals.com/tampabay/print-edition/2013/05/17/franchisees-see-7-elevens-support-as.html?page=al
6) http://corp.7-eleven.com/AboutUs/InternationalLicensing/tabid/115/Default.asp
Copyright © 2012 WEBUILD SDN. BHD. All Right Reserved
Rekabentuk oleh WEBUILD SDN. BHD.