Contact

Tuesday, May 6, 2014

Funding Agency

Malaysia External Trade Development Corporation (MATRADE)


Mengenai Korporat


Visi :-
- Menempatkan Malaysia sebagai Negara Perdagangan Global yang Kompetitif

Misi :-
- Misi MATRADE adalah untuk membangun dan menggalakkan eksport Malaysia ke dunia dan fungsi-fungsinya adalah:
  • Untuk mempromosi, membantu dan mambangunkan perdagangan luar Malaysia dengan memberi penekanan ke eksport produk perkilangan dan separa kilang serta menjalankan import secara terpilih.
  • Untuk merangka dan melaksankan satu strategi pemasaran eksport negara bagi menggalakkan
  • eksport produk terkilang dan separa kilang.
  • Untuk menjalankan perisikan komersial dan penyelidikan pasaran serta mewujudkan satu pangkalan data maklumat yang komprehensif bagi peningkatan dan pembangunan perdagangan;
  • Untuk mengelolakan program-program latihan bagi meningkatkan kemahiran pengeksport Malaysia dalam pemasaran antarabangsa;
  • Untuk meningkatkan dan melindungi kepentingan-kepentingan perdagangan antarabangsa Malaysia di luar negara;
  • Untuk mewakili Malaysia di mana-mana forum antarabangsa yang berkaitan dengan perdagangan;
  • Untuk membangun, mempromosi, memudahkan dan membantu dalam perkhidmatan yang berkaitan dengan perdagangan; dan
  • Untuk menasihati Kerajaan tentang perkara-perkara yang mempengaruhi atau sebarang cara yang berkaitan dengan perdagangan dan bertindak sebagai ejen kepada Kerajaan atau seseorang individu, badan atau organisasi mengenai perkara tersebut.


Objektif



Objektif-objektif MATRADE adalah:

  • Untuk menaikkan profil pengeksport Malaysia di pasaran luar negara;
  • Untuk menyebarkan maklumat dan risikan pasaran yang terkini dan relevan supaya syarikat-syarikat Malaysia mampu bersaing dalam pasaran asing;
  • Untuk memperkenalkan syarikat-syarikat Malaysia kepada pengimport asing yang mencari pembekal dari Malaysia; dan
  • Untuk menjalankan aktiviti-aktiviti mempromosi barangan eksport dan perkhidmatan Malaysia ke pasaran luar negara.


MATRADE juga terlibat secara aktif dalam membantu syarikat-syarikat asing untuk menemukan dengan pembekal produk dan perkhidmatan Malaysia, yang diwakili melalui 40 pejabat perdagangan di seluruh dunia yang terletak di bandar-bandar komersil utama. Di Malaysia, MATRADE mempunyai lima cawangan tempatan iaitu di Pulau Pinang, Terengganu, Johor, Sabah dan Sarawak.


Perkhidmatan Utama

Pembangunan Pengeksport

Pasaran antarabangsa merupakan arena yang kompetitif dan berdaya saing. Dalam usaha untuk terus  berkembang di pasaran ini, pengeksport perlu memenuhi piawaian antarabangsa dalam aspek teknologi, reka bentuk, pembungkusan, kesihatan dan keselamatan produk.

MATRADE telah memulakan beberapa program untuk membantu syarikat-syarikat Malaysia untuk melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan dan kemahiran dalam menghadapi cabaran di pasaran global. Ini termasuk program-program latihan, Anugerah Kecemerlangan Eksport dan perkhidmatan pelanggan.

Promosi Eksport

MATRADE membantu syarikat Malaysia untuk bertapak di luar negara dan meningkatkan profil mereka dalam pasaran asing melalui pelbagai aktiviti promosi, termasuk misi perdagangan, misi pemasaran khusus dan pameran perdagangan antarabangsa.

MATRADE juga menganjurkan padanan perniagaan di antara syarikat Malaysia dan pembeli asing. Sebagai agensi yang dipertanggungjawabkan untuk mempromosi perdagangan, MATRADE sentiasa menjadi pusat rujukan dan sering dilawat oleh pembeli asing. Tugas MATRADE adalah untuk memadankan pembeli asing ini dengan syarikat tempatan yang dapat memenuhi permintaan tersebut.

Maklumat Pasaran dan Perdagangan

Antara fungsi MATRADE adalah menyalurkan informasi dan analisa pasaran tepat pada masanya untuk membolehkan syarikat Malaysia berdaya saing di pasaran antarabangsa.

Melalui koleksi dan sumber maklumatnya, MATRADE menyediakan syarikat-syarikat Malaysia dengan informasi terkini untuk meningkatkan peluang eksport. Kami menawarkan kemudahan dan perkhidmatan berikut:

  1. Perpustakaan Perniagaan MATRADE
  2. Portal MATRADE
  3. MyExport
  4. MySMS
  5. Penerbitan
  6. Statistik Perdagangan
  7. Informasi Pasaran
  8. Trade Leads
  9. Notis Tender Antarabangsa


Khidmat Nasihat Perdagangan & Sokongan

Sebagai usahawan dan pengeksport yang sentiasa memerlukan khidmat nasihat terkini, Unit Pengurusan Perhubungan Pelanggan MATRADE memenuhi keperluan ini dengan menyediakan khidmat nasihat umum, pasaran atau produk melalui unit yang bertanggung jawab terhadap negara atau produk tersebut.

Lembaga Pengarah

Ahli Lembaga Pengarah MATRADE terdiri daripada 11 ahli. Keahlian Lembaga Pengarah MATRADE merupakan gabungan yang seimbang diantara wakil-wakil dari kementerian kerajaan yang berkaitan dan pemimpin dari industri utama dan persatuan perniagaan.

Lembaga Pengarah yang bermesyuarat setiap suku tahun, mengkaji prestasi MATRADE serta menggubal halatuju MATRADE secara menyeluruh. Di antara tugas utama ahli lembaga ialah untuk meletakkan Malaysia sebagai negara perdagangan global yang kompetitif.


PENGERUSI MATRADE


Yang Berhormat Dato’ Noraini Ahmad


Lembaga Pengarah

YBhg. Datuk Dr. Rebecca Fatima Sta Maria
Ketua Setiausaha
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
YBhg. Dato’ Hazimah Zainuddin
Pengarah Urusan
Hyrax Oil Sdn Bhd
En. Koshy A/L Thomas
Ketua Pasukan Projek OBB
Kementerian Kewangan
YBhg. Dato’ Wong Siew Hai
Pengerusi
Malaysian American Electronics Industry
YBhg. Datuk Dr. Wong Lai Sum
Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE
YBhg. M. Nagarajan
Timbalan Ketua Setiausaha
Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia
YBhg. Tan Sri Datuk Mustafa Mansur
Pengerusi
Innovation & Development Sdn. Bhd. – ID CORP
YBhg. Dato’ Adissadikin Bin Ali
Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif
Export-Import Bank Bhd (EXIM Bank Bhd)
YBhg. Dato' Muhamad Noor Yacob
YBhg. Tan Sri Yong Poh Kon
Bekas Presiden
Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM)



Pensijilan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2008 MATRADE


Pensijilan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2008 bagi Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) telah diperbaharui berkuatkuasa dari 13 Julai 2013 sehingga 12 Julai 2016.

Diperakui semenjak 14 Mei 2007, skop pelaksanaan meliputi promosi  eksport produk dan perkhidmatan Malaysia yang merangkumi penganjuran dan pengurusan pameran perdagangan antarabangsa, seminar dan bengkel galakan eksport, misi perdagangan dan pengurusan Pusat Pameran Eksport Malaysia (MEEC).


Bagaimana untuk mendaftar sebagai  Ahli MATRADE

Pengeksport Malaysia atau syarikat sedia mengeksport adalah dialu-alukan untuk menjadi ahli MATRADE dengan mendaftar secara atas talian dengan menekan di sini atau menghantar Borang Pendaftaran Pengeksport Malaysia kepada Unit Khidmat Nasihat Perdagangan. Pendaftaran sebagai ahli MATRADE adalah percuma.

Faedah sebagai Ahli MATRADE adalah seperti berikut :
  • Padanan Perdagangan dengan pembeli-pembeli asing dan mendapat makluman terkini mengenai aktiviti promosi perdagangan yang dijalankan oleh MATRADE.
  • Akses kepada maklumat pasaran yang dikumpulkan oleh rangkaian pejabat MATRADE seluruh dunia yang berpejabat di 30 bandar perdagangan utama.
  • Berita mingguan berkenaan peluang eksport dan perdagangan luar negara menerusi Trade Leads dan MATRADE ONLINE News 2 minggu sekali yang dihantar secara emel
  • Profil syarikat akan disenaraikan di dalam pangkalan data pengekport MATRADE dan laman web MATRADE
  • Kemasukkan percuma ke Perpustakaan Perniagaan MATRADE yang mempunyai liputan sumber yang meluas seperti direktori perniagaan, profil negara, jadual tarif, laporan pasaran, majalah dan statistik.
  • Akses ke Web OPAC untuk melihat koleksi Perpustakaan Perniagaan daripada terminal komputer anda.
  • Mempromosi produk dan perkhidmatan syarikat ke luar negara dengan menyertai misi perdagangan dan pelaburan, pameran perdagangan dan gerai promosi yang dijalankan oleh MATRADE.
  • Layak untuk mempamerkan produk dan perkhidmatan syarikat di Pusat Pameran Eksport Malaysia (MEEC)
  • Menyertai seminar pembangunan eksport MATRADE dan program kemahiran pemasaran.
  • Makluman terkini mengenai E-Commerce melalui laman web MATRADE.


Jenis program latihan yang dianjurkan oleh MATRADE


Syarikat boleh melayari laman web MATRADE untuk mendapatkan senarai pameran/misi pelaburan dan perdagangan beserta borang pendaftaran. Surat jemputan ke program yang dianjurkan oleh MATRADE akan dipos atau difaks kepada syarikat yang berdaftar dengan MATRADE.

Bengkel dan seminar yang dianjurkan oleh MATRADE mendedahkan pengeksport mengenai pembangunan perdagangan dan peluang perniagaan di pasaran antarabangsa. Latihan ini merangkumi pelbagai topik seperti peluang eksport di pasaran baru, peningkatan imej produk, keperluan teknikal dan perubahan pasaran. Syarikat boleh melihat senarai latihan/bengkel tersebut melalui laman web MATRADE.

Syarikat berdaftar dengan MATRADE boleh masuk ke Perpustakaan Perniagaan MATRADE secara percuma untuk membuat kajian dan mengumpul informasi perniagaan antarabangsa bagi menembusi pasaran baru. Pengguna tidak berdaftar dengan MATRADE akan dkenakan caj RM20 sehari. Maklumat terkini di dalam perpustakaan adalah “Perkhidmatan Keprihatinan Terkini” yang menyediakan informasi dalam talian bagi sesiapa sahaja yang berminat untuk mengikuti bahan-bahan baru yang tersedia di dalam perpustakaan tersebut.

Bantuan Pembangunan Pasaran (BPP) dan Bantuan Promosi Jenama (BPJ) adalah dua program bantuan utama yang ditawarkan oleh MATRADE untuk membantu Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) untuk menjalankan aktiviti pembangunan pasaran eksport. Bagi BPP, syarikat boleh mendapatkan 50% bantuan berpadanan dengan kos yang telah diluluskan untuk aktiviti yang layak. Bagi BPJ pula, bantuan dibahagikan kepada bantuan pengembalian 100% untuk pembangunan dan promosi jenama tertakluk kepada bantuan maksima berjumlah RM1 juta bagi KPS dan 50% pengembalian bantuan tertakluk kepada bantuan maksima sebanyak RM2 juta bagi bukan KPS.

Bagaimana untuk mendapatkan pengeksport Malaysia / syarikat pengilangan?

Syarikat perniagaan tempatan dan syarikat asing yang mencari pengeksport Malaysia/syarikat pengilangan boleh masuk ke pangkalan data Pengeksport Malaysia dalam talian yang mengandungi pengusaha kilang, peniaga dan pemberi perkhidmatan. Dikategorikan kepada 30 produk dan 10 sektor perkhidmatan, pangkalan data yang senang digunakan ini boleh digunakan untuk mencari dan menghubungi pembekal Malaysia.
Syarikat anda boleh mencari pembeli/pengimport asing dengan :
  • Menyertai pameran perdagangan, gerai promosi, misi perdagangan dan pelaburan, misi pemasaran khas/khusus yang diselaraskan oleh MATRADE
  • Menghubungi pengimport asing yang tersenarai di Trade Leads
  • Akses ke Pangkalan Data Pengimport Asing yang terdapat di Perpustakaan Perniagaan MATRADE
  • Menghubungi Pesuruhjaya Perdagangan MATRADE di luar negara.


Pusat Pameran Eksport Malaysia (PPEM)

PPEM atau juga dikenali sebagai Pusat Pameran Eksport Malaysia (PPEM) adalah satu kawasan peragaan yang diuruskan oleh MATRADE. Syarikat berdaftar dengan MATRADE boleh memperagakan produk/perkhidmatan dari Malaysia dan menonjolkan syarikat mereka kepada pembeli asing dan perwakilan perdagangan akan datang.

Pesuruhjaya Perdagangan Luar Negara boleh menyediakan informasi mengenai menjalankan perniagaan di pasaran luar negara dan menghubungkan produk/perkhidmatan dari Malaysia kepada pembeli asing. Syarikat dari Malaysia adalah dijemput untuk melawat pejabat luar negara MATRADE bila-bila masa apabila mereka ke sana untuk berhubung dan mencari bantuan terutamanya amalan perniagaan tempatan di negara tersebut.

Undang-undang Perdagangan Strategik

Undang-undang Perdagangan Strategik adalah undang-undang yang mengawal eksport, trans-penghantaran, transit dan agen produk strategik, termasuk senjata dan bahan berkaitan, serta kegiatan yang akan atau memudahkan rekabentuk, pengembangan, pengeluaran dan penghantaran senjata pemusnah besar-besaran . Undang-undang ini sesuai dengan keselamatan negara Malaysia dan kewajipan antarabangsa.

Pada tahun 2004, Majlis Keselamatan PBB meluluskan resolusi yang meminta negara-negara anggota untuk menubuhkan sebuah sistem kawalan eksport untuk tujuan non-proliferasi senjata pemusnah besar-besaran. Sebagai negara ahli, kami diminta untuk mengawal eksport produk strategik yang boleh digunakan untuk kegiatan pengganas.

Setiap orang yang terlibat dalam penghantaran, eksport trans-atau membawa ke transit item strategik. Ini termasuk peniaga, pengeksport, agen kargo, pembekal, syarikat pengangkutan, pembekal makanan, logistik atau pembekal perkhidmatan.
Setiap kali seseorang / suatu entiti melakukan segala kegiatan yang berkaitan dengan eksport, penghantaran trans, transit dan agen produk strategik, mereka harus mendapatkan kebenaran eksport / sijil broker dari pihak berkuasa yang relevan untuk produk strategik berdasarkan Perdagangan Strategik (Produk Strategik) Order 2010
Sesiapa yang melanggar undang-undang boleh dikenakan hukuman penjara, denda dan / atau hukuman mati sebagaimana termaktub dalam STA 2010.

Produk strategik

Produk strategik merujuk kepada barangan dan teknologi yang dikawal di bawah STA. Satu senarai yang tetap dan komprehensif barang-barang strategik terkawal akan ditetapkan dalam Ministerial Order dan diterbitkan dalam Government Gazette. Senarai ini akan mencerminkan barang-barang yang perlu dikendalikan di bawah kawalan eksport global rejim serta Majlis Keselamatan PBB Resolusi 1540.

Item yang dikategorikan seperti berikut:
i. bahan nuklear, kemudahan dan peralatan;
ii. bahan khusus dan peralatan yang berkaitan;
iii. bahan pemprosesan;
iv. elektronik;
v. komputer;
vi. telekomunikasi dan keselamatan maklumat;
vii. sensor dan laser;
viii. navigasi dan avionik;
ix. laut;
x. Aeroangkasa dan propulsi, dan
xi. barangan tentera.

Senarai Produk Strategik adalah senarai telus yang akan dikukuhkan sebagai pesanan Perdagangan Strategik (Strategic Produk). Pengeksport boleh menyemak senarai barang dan mengenalpasti status sesuatu produk.

Transit bererti membawa barang-barang dari mana-mana negara ke Malaysia melalui darat, laut atau udara, tetapi di mana barangan harus dibawa keluar dari Malaysia pada alat angkut yang sama di mana mereka dibawa ke Malaysia atau alat angkut yang lain dan apakah atau tidak barang tersebut mendarat atau dipindahkan di Malaysia, tetapi tidak termasuk bahagian melalui Malaysia yang bersesuaian dengan undang-undang antarabangsa dari alat angkut asing yang membawa apa-apa barang.

Dengan erti kata lain, barang dalam perjalanan atau pemindahan tidak boleh memasuki Principal Customs Area (PCA) dan dengan juga tidak dibenarkan masuk ke dalam perdagangan Malaysia.

Pembroker

Pembroker merujuk pada aktiviti perundingan, menetapkan atau memudahkan pembelian, pembiayaan, menyampaikan, penjualan atau penyediaan barang, atau membeli, menjual atau membekalkan barang-barang seperti oleh seseorang, atas nama sendiri atau bertindak sebagai agen atas nama lain orang.

Di bawah STA broker wajib memiliki kebenaran untuk broker barangan strategik jika dia:
  • diberitahukan oleh Pihak yang relevan atau pegawai yang diberi kuasa;
  • tahu, atau
  • mempunyai alasan yang wajar,
bahawa barang-barang strategik seperti dimaksudkan atau mungkin untuk digunakan, seluruhnya atau sebahagian, untuk atau dalam hubungannya dengan aktiviti terhad.

Jenis-jenis permit boleh didapati?

Jenis permit eksport dan pendaftaran broker adalah sebagai berikut:
1. permit sekali guna;
2. permit jumlah besar;
3. permit banyak kegunaan;
4. permit khas; dan
5. sijil pendaftaran broker.

Jenis yang sesuai dengan syarikat

Ketika memilih kebenaran tersebut, anda perlu mempertimbangkan keperluan perniagaan anda dan aktiviti dan permit yang anda mungkin memenuhi syarat-syaratnya. Berikut ini adalah gambaran dari permit masing-masing:
  1. Permit sekali guna - permit eksport adalah sekali sahaja dan diterbitkan atas dasar penghantaran .
  2. Permit jumlah besar - permit beberapa eksport pengapalan yang ditempat untuk satu negara tunggal / tujuan.
  3. Permit banyak kegunaan - permit beberapa penghantaran eksport yang ditujukan untuk beberapa negara / tujuan.
  4. permit khas -. permit eksport sekali sahaja untuk mengeksport terhad kepada pengguna akhir dan diterbitkan atas dasar penghantaran
  5. sijil pendaftaran broker - permit sijil yang diterbitkan untuk barang/ aktiviti broker strategik .

Memohon permit eksport / pendaftaran broker?

Permohonan permit eksport / pendaftaran broker harus dilakukan tidak kurang dari waktu yang berikut sebelum barang strategik dieksport:
  1. permit sekali guna - 5 hari
  2. permit jumlah besar - 2 bulan
  3. permit banyak kegunaan - 2 bulan
  4. pendaftaran broker - 14 hari

Tempoh masa untuk permit eksport / pendaftaran broker?

  1. permit sekali guna - 6 bulan
  2. permit jumlah besar - 2 tahun
  3. permit banyak kegunaan - 2 tahun
  4. permit khas - 1 tahun
  5. sijil pendaftaran broker - 1 tahun



Copyright © 2012 WEBUILD SDN. BHD. All Right Reserved
Rekabentuk oleh WEBUILD SDN. BHD.