Pengenalan WEBuild Sdn. Bhd.
WEBuild Sdn Bhd adalah sebuah syarikat yang ditubuhkan pada penghujung
tahun 2013, dengan modal berbayar sebanyak RM 200 000 dan mempunyai
kakitangan seramai 10 orang pekerja. WEBuild merupakan sebuah organisasi yang pada amnya terlibat secara terus dalam bidang ICT Malaysia dan mengkhusus kepada perkhidmatan, penyediaan, penyelenggaraan dan latihan dalam bidang laman sesawang . Aktiviti perniagaan utama WEBuild merangkumi pencipta lawan sesawang
seperti blog,laman sesawang korporat,dan laman sesawang e-commerce.
Selain itu WEBuild menyediakan perkhidmatan latihan tunjuk ajar
cara-cara membuat semua jenis lawan sesawang untuk sesiapa saja yang
memajukan lagi perniagaan dengan menggunakan ICT, WeBuild juga berkonsepkan sistem yang mudah difahami dan dikehendaki
oleh pengguna. Dengan menggunakan tenaga-tenaga yang pakar,WeBuild dapat
memberikan satu sasaran dimana kemahuan pengguna dapat digunakan dengan
semaksimum. Ini juga mestilah berpandukan ciri-ciri yang hendak dibangunkan.
Objectif
Menjadi sebuah organisasi yg dapat membantu memajukan syarikat atau organisasi lain melalui laman sesawang dan ICT. Selain itu syarikat kami juga akan cuba memberi peluang kepada sesiapa ingin menceburi dalam bidang laman sesawang ini
Visi Dan Misi
Kami percaya di zaman ICT ini segala-galanya berlaku di depan mata dan dihujung jari. Oleh itu, sebagai pencipta laman sesawang , kami berusaha untuk menyediakan perkhidmatan yang terbaik untuk membantu anda menyampaikan maklumat kepada masyarakat melalui dunia internet yg termaju. Dari cara kami beroperasi, kami akan pastikan maktlamat pelanggan-pelanngan kami sampai ke taham maksimum .
Visi Kami
"Untuk menjadi pencipta laman sesawang generasi baru terkemuka di Malaysia, menerima keperluan pelanggan menerusi inovasi dan kecemerlangan pelaksanaan"
Misi Kami
Untuk mencapai visi kami, kami berazam untuk melakukan perkara berikut: -
1. Berusaha ke arah kecemerlangan perkhidmatan pelanggan dan kecekapan operasi
2. Memperkayakan gaya hidup pelanggan dan pengalaman dengan menyediakan
perkhidmatan generasi baru yang inovatif dan kreatif mengikut peredaraan masa.
3. Meningkatkan prestasi perniagaan pelanggan kami dengan menyediakan maklumat
nilai tinggi dan periklanan yg menarik
Strategi Syarikat Kami
Kami mengamalkan prinsip COOL