Contact

Terkini

Rss

Thursday, May 8, 2014
Business Idea Life Jacket

Business Idea Life Jacket





Misi Perniagaan

Memperkenalkan produk jaket keselamatan yang dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan berasaskan teknologi sensor pada sesuatu kawasan yang telah disetkan. teknologi ini masih belum dihasilkan sebelum ini.
keselamatan yang lebih pada jaket dapat meyakinkan pengguna dalam membuat aktiviti di pantai.Jaket keselamatan ini boleh digunakan untuk semua golongan.

Produk

Jaket keselamatan yang bercirikan teknologi pengesan dapat memberi keselamatan yang lebih pada pengguna yang membuat aktiviti sukan air. Ia disetkan melalui kawasan-kawasan tertentu. Jaket ini juga dapat menghubungkan diantara petugas pantai dan pengguna. Ini memberikan pantauan diantara petugas pantai dan pengguna menerusi aplikasi yang telah dipasang dan telah disetkan.

Asas Pembezaan Produk

Setiap pengguna akan diberi taklimat mengenai ciri-ciri tambahan keselamatan yang ada pada jaket tersebut. Jaket yang dipakai dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan yang tinggi dengan adanya teknologi sensor pada jaket tersebut. Keselamatan ini merupakan sangat penting untuk pengguna dalam menghubungkan diantara pengguna dengan petugas pantai.

Strategik Pemasaran

Berasaskan teknologi yang canggih pada masa kini dapat memberi perbezaan pada produk-produk jaket yang lain. Pemasaran jaket ini tertumpu pada kawasan pantai atau kawasan yang mempunyai aktiviti sukan air.

Kepakaran Utama

Semua pengguna diberikan taklimat mengenai pengguna dan kawasan yang diawasi dengan sistem sensor yang telah disetkan.
Produk yang digunakan berkualiti, telah membuat ujian dan disahkan selamat digunakan dan ciri-ciri keselamatan yang dipasangkan.
petugas pantai juga mempunyai kemahiran yang telah diserapkan dan telah diperakui dengan sijil-sijil dari kerajaan dan juga mempunyai pengalaman dalam mengendalikan.
Sensor yang dipasang sentiasa dalam keadaan baik dan berfungsi mengikut apa yang dikendalikan.

Perkongsian Rangkaian

- ProtectMemembekalkan jaket keselamatan yang berkualiti dan memberikan ciri-ciri keselamatan yang tinggi.
-Webuild- membuat perisian aplikasi yang menghubungkan pengguna dengan petugas pantai. Perisian ini hanya boleh digunakan oleh petugas sahaja,
-WheresMe- sensor yang dilengkapi bersama pengesan yang berteknologi tinggi yang menghubungkan pengguna dengan petugas pantai.

Aset Strategik

- menggunakan 100% barangan asli dan bukan tiruan. setiap ciri-ciri yang dilengkapi memenuhi keselamatan yang sering membuat pengujian dan sesuai untuk digunakan.
- sentiasa mengemaskini peralatan dari tempoh masa ke semasa.
- memberi taklimat bagaimana kelebihan keselamatan pada jaket ini berfungsi

Paparan untuk Pengguna

- Pengguna yang meminati sukan air dan membuat aktiviti sukan air. Ia meliputi  golongan diantara 7 tahun ke atas.
- Jaket juga mengandungi saiz mengikut kesesuaian pengguna.
- Memaparkan senarai harga sewa untuk pengguna dan memberi taklimat kepada pengguna mengenai ciri- ciri keselamatan yang ada pada jaket tersebut.
- Taklimat pemakaian akan diberikan sebelum pengguna membuat aktiviti air.

Harga 

-Harga diletakkan mengikut saiz jaket keselamatan yang digunakan.
-Semua sewaan transaksi dalam bentuk tunai sahaja.
-Harga juga bergantung kepada beberapa tempoh masa yang digunakan.
Tuesday, May 6, 2014
no image

Funding Agency

Malaysia External Trade Development Corporation (MATRADE)


Mengenai Korporat


Visi :-
- Menempatkan Malaysia sebagai Negara Perdagangan Global yang Kompetitif

Misi :-
- Misi MATRADE adalah untuk membangun dan menggalakkan eksport Malaysia ke dunia dan fungsi-fungsinya adalah:
  • Untuk mempromosi, membantu dan mambangunkan perdagangan luar Malaysia dengan memberi penekanan ke eksport produk perkilangan dan separa kilang serta menjalankan import secara terpilih.
  • Untuk merangka dan melaksankan satu strategi pemasaran eksport negara bagi menggalakkan
  • eksport produk terkilang dan separa kilang.
  • Untuk menjalankan perisikan komersial dan penyelidikan pasaran serta mewujudkan satu pangkalan data maklumat yang komprehensif bagi peningkatan dan pembangunan perdagangan;
  • Untuk mengelolakan program-program latihan bagi meningkatkan kemahiran pengeksport Malaysia dalam pemasaran antarabangsa;
  • Untuk meningkatkan dan melindungi kepentingan-kepentingan perdagangan antarabangsa Malaysia di luar negara;
  • Untuk mewakili Malaysia di mana-mana forum antarabangsa yang berkaitan dengan perdagangan;
  • Untuk membangun, mempromosi, memudahkan dan membantu dalam perkhidmatan yang berkaitan dengan perdagangan; dan
  • Untuk menasihati Kerajaan tentang perkara-perkara yang mempengaruhi atau sebarang cara yang berkaitan dengan perdagangan dan bertindak sebagai ejen kepada Kerajaan atau seseorang individu, badan atau organisasi mengenai perkara tersebut.


Objektif



Objektif-objektif MATRADE adalah:

  • Untuk menaikkan profil pengeksport Malaysia di pasaran luar negara;
  • Untuk menyebarkan maklumat dan risikan pasaran yang terkini dan relevan supaya syarikat-syarikat Malaysia mampu bersaing dalam pasaran asing;
  • Untuk memperkenalkan syarikat-syarikat Malaysia kepada pengimport asing yang mencari pembekal dari Malaysia; dan
  • Untuk menjalankan aktiviti-aktiviti mempromosi barangan eksport dan perkhidmatan Malaysia ke pasaran luar negara.


MATRADE juga terlibat secara aktif dalam membantu syarikat-syarikat asing untuk menemukan dengan pembekal produk dan perkhidmatan Malaysia, yang diwakili melalui 40 pejabat perdagangan di seluruh dunia yang terletak di bandar-bandar komersil utama. Di Malaysia, MATRADE mempunyai lima cawangan tempatan iaitu di Pulau Pinang, Terengganu, Johor, Sabah dan Sarawak.


Perkhidmatan Utama

Pembangunan Pengeksport

Pasaran antarabangsa merupakan arena yang kompetitif dan berdaya saing. Dalam usaha untuk terus  berkembang di pasaran ini, pengeksport perlu memenuhi piawaian antarabangsa dalam aspek teknologi, reka bentuk, pembungkusan, kesihatan dan keselamatan produk.

MATRADE telah memulakan beberapa program untuk membantu syarikat-syarikat Malaysia untuk melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan dan kemahiran dalam menghadapi cabaran di pasaran global. Ini termasuk program-program latihan, Anugerah Kecemerlangan Eksport dan perkhidmatan pelanggan.

Promosi Eksport

MATRADE membantu syarikat Malaysia untuk bertapak di luar negara dan meningkatkan profil mereka dalam pasaran asing melalui pelbagai aktiviti promosi, termasuk misi perdagangan, misi pemasaran khusus dan pameran perdagangan antarabangsa.

MATRADE juga menganjurkan padanan perniagaan di antara syarikat Malaysia dan pembeli asing. Sebagai agensi yang dipertanggungjawabkan untuk mempromosi perdagangan, MATRADE sentiasa menjadi pusat rujukan dan sering dilawat oleh pembeli asing. Tugas MATRADE adalah untuk memadankan pembeli asing ini dengan syarikat tempatan yang dapat memenuhi permintaan tersebut.

Maklumat Pasaran dan Perdagangan

Antara fungsi MATRADE adalah menyalurkan informasi dan analisa pasaran tepat pada masanya untuk membolehkan syarikat Malaysia berdaya saing di pasaran antarabangsa.

Melalui koleksi dan sumber maklumatnya, MATRADE menyediakan syarikat-syarikat Malaysia dengan informasi terkini untuk meningkatkan peluang eksport. Kami menawarkan kemudahan dan perkhidmatan berikut:

  1. Perpustakaan Perniagaan MATRADE
  2. Portal MATRADE
  3. MyExport
  4. MySMS
  5. Penerbitan
  6. Statistik Perdagangan
  7. Informasi Pasaran
  8. Trade Leads
  9. Notis Tender Antarabangsa


Khidmat Nasihat Perdagangan & Sokongan

Sebagai usahawan dan pengeksport yang sentiasa memerlukan khidmat nasihat terkini, Unit Pengurusan Perhubungan Pelanggan MATRADE memenuhi keperluan ini dengan menyediakan khidmat nasihat umum, pasaran atau produk melalui unit yang bertanggung jawab terhadap negara atau produk tersebut.

Lembaga Pengarah

Ahli Lembaga Pengarah MATRADE terdiri daripada 11 ahli. Keahlian Lembaga Pengarah MATRADE merupakan gabungan yang seimbang diantara wakil-wakil dari kementerian kerajaan yang berkaitan dan pemimpin dari industri utama dan persatuan perniagaan.

Lembaga Pengarah yang bermesyuarat setiap suku tahun, mengkaji prestasi MATRADE serta menggubal halatuju MATRADE secara menyeluruh. Di antara tugas utama ahli lembaga ialah untuk meletakkan Malaysia sebagai negara perdagangan global yang kompetitif.


PENGERUSI MATRADE


Yang Berhormat Dato’ Noraini Ahmad


Lembaga Pengarah

YBhg. Datuk Dr. Rebecca Fatima Sta Maria
Ketua Setiausaha
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
YBhg. Dato’ Hazimah Zainuddin
Pengarah Urusan
Hyrax Oil Sdn Bhd
En. Koshy A/L Thomas
Ketua Pasukan Projek OBB
Kementerian Kewangan
YBhg. Dato’ Wong Siew Hai
Pengerusi
Malaysian American Electronics Industry
YBhg. Datuk Dr. Wong Lai Sum
Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE
YBhg. M. Nagarajan
Timbalan Ketua Setiausaha
Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia
YBhg. Tan Sri Datuk Mustafa Mansur
Pengerusi
Innovation & Development Sdn. Bhd. – ID CORP
YBhg. Dato’ Adissadikin Bin Ali
Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif
Export-Import Bank Bhd (EXIM Bank Bhd)
YBhg. Dato' Muhamad Noor Yacob
YBhg. Tan Sri Yong Poh Kon
Bekas Presiden
Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM)



Pensijilan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2008 MATRADE


Pensijilan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2008 bagi Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) telah diperbaharui berkuatkuasa dari 13 Julai 2013 sehingga 12 Julai 2016.

Diperakui semenjak 14 Mei 2007, skop pelaksanaan meliputi promosi  eksport produk dan perkhidmatan Malaysia yang merangkumi penganjuran dan pengurusan pameran perdagangan antarabangsa, seminar dan bengkel galakan eksport, misi perdagangan dan pengurusan Pusat Pameran Eksport Malaysia (MEEC).


Bagaimana untuk mendaftar sebagai  Ahli MATRADE

Pengeksport Malaysia atau syarikat sedia mengeksport adalah dialu-alukan untuk menjadi ahli MATRADE dengan mendaftar secara atas talian dengan menekan di sini atau menghantar Borang Pendaftaran Pengeksport Malaysia kepada Unit Khidmat Nasihat Perdagangan. Pendaftaran sebagai ahli MATRADE adalah percuma.

Faedah sebagai Ahli MATRADE adalah seperti berikut :
  • Padanan Perdagangan dengan pembeli-pembeli asing dan mendapat makluman terkini mengenai aktiviti promosi perdagangan yang dijalankan oleh MATRADE.
  • Akses kepada maklumat pasaran yang dikumpulkan oleh rangkaian pejabat MATRADE seluruh dunia yang berpejabat di 30 bandar perdagangan utama.
  • Berita mingguan berkenaan peluang eksport dan perdagangan luar negara menerusi Trade Leads dan MATRADE ONLINE News 2 minggu sekali yang dihantar secara emel
  • Profil syarikat akan disenaraikan di dalam pangkalan data pengekport MATRADE dan laman web MATRADE
  • Kemasukkan percuma ke Perpustakaan Perniagaan MATRADE yang mempunyai liputan sumber yang meluas seperti direktori perniagaan, profil negara, jadual tarif, laporan pasaran, majalah dan statistik.
  • Akses ke Web OPAC untuk melihat koleksi Perpustakaan Perniagaan daripada terminal komputer anda.
  • Mempromosi produk dan perkhidmatan syarikat ke luar negara dengan menyertai misi perdagangan dan pelaburan, pameran perdagangan dan gerai promosi yang dijalankan oleh MATRADE.
  • Layak untuk mempamerkan produk dan perkhidmatan syarikat di Pusat Pameran Eksport Malaysia (MEEC)
  • Menyertai seminar pembangunan eksport MATRADE dan program kemahiran pemasaran.
  • Makluman terkini mengenai E-Commerce melalui laman web MATRADE.


Jenis program latihan yang dianjurkan oleh MATRADE


Syarikat boleh melayari laman web MATRADE untuk mendapatkan senarai pameran/misi pelaburan dan perdagangan beserta borang pendaftaran. Surat jemputan ke program yang dianjurkan oleh MATRADE akan dipos atau difaks kepada syarikat yang berdaftar dengan MATRADE.

Bengkel dan seminar yang dianjurkan oleh MATRADE mendedahkan pengeksport mengenai pembangunan perdagangan dan peluang perniagaan di pasaran antarabangsa. Latihan ini merangkumi pelbagai topik seperti peluang eksport di pasaran baru, peningkatan imej produk, keperluan teknikal dan perubahan pasaran. Syarikat boleh melihat senarai latihan/bengkel tersebut melalui laman web MATRADE.

Syarikat berdaftar dengan MATRADE boleh masuk ke Perpustakaan Perniagaan MATRADE secara percuma untuk membuat kajian dan mengumpul informasi perniagaan antarabangsa bagi menembusi pasaran baru. Pengguna tidak berdaftar dengan MATRADE akan dkenakan caj RM20 sehari. Maklumat terkini di dalam perpustakaan adalah “Perkhidmatan Keprihatinan Terkini” yang menyediakan informasi dalam talian bagi sesiapa sahaja yang berminat untuk mengikuti bahan-bahan baru yang tersedia di dalam perpustakaan tersebut.

Bantuan Pembangunan Pasaran (BPP) dan Bantuan Promosi Jenama (BPJ) adalah dua program bantuan utama yang ditawarkan oleh MATRADE untuk membantu Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) untuk menjalankan aktiviti pembangunan pasaran eksport. Bagi BPP, syarikat boleh mendapatkan 50% bantuan berpadanan dengan kos yang telah diluluskan untuk aktiviti yang layak. Bagi BPJ pula, bantuan dibahagikan kepada bantuan pengembalian 100% untuk pembangunan dan promosi jenama tertakluk kepada bantuan maksima berjumlah RM1 juta bagi KPS dan 50% pengembalian bantuan tertakluk kepada bantuan maksima sebanyak RM2 juta bagi bukan KPS.

Bagaimana untuk mendapatkan pengeksport Malaysia / syarikat pengilangan?

Syarikat perniagaan tempatan dan syarikat asing yang mencari pengeksport Malaysia/syarikat pengilangan boleh masuk ke pangkalan data Pengeksport Malaysia dalam talian yang mengandungi pengusaha kilang, peniaga dan pemberi perkhidmatan. Dikategorikan kepada 30 produk dan 10 sektor perkhidmatan, pangkalan data yang senang digunakan ini boleh digunakan untuk mencari dan menghubungi pembekal Malaysia.
Syarikat anda boleh mencari pembeli/pengimport asing dengan :
  • Menyertai pameran perdagangan, gerai promosi, misi perdagangan dan pelaburan, misi pemasaran khas/khusus yang diselaraskan oleh MATRADE
  • Menghubungi pengimport asing yang tersenarai di Trade Leads
  • Akses ke Pangkalan Data Pengimport Asing yang terdapat di Perpustakaan Perniagaan MATRADE
  • Menghubungi Pesuruhjaya Perdagangan MATRADE di luar negara.


Pusat Pameran Eksport Malaysia (PPEM)

PPEM atau juga dikenali sebagai Pusat Pameran Eksport Malaysia (PPEM) adalah satu kawasan peragaan yang diuruskan oleh MATRADE. Syarikat berdaftar dengan MATRADE boleh memperagakan produk/perkhidmatan dari Malaysia dan menonjolkan syarikat mereka kepada pembeli asing dan perwakilan perdagangan akan datang.

Pesuruhjaya Perdagangan Luar Negara boleh menyediakan informasi mengenai menjalankan perniagaan di pasaran luar negara dan menghubungkan produk/perkhidmatan dari Malaysia kepada pembeli asing. Syarikat dari Malaysia adalah dijemput untuk melawat pejabat luar negara MATRADE bila-bila masa apabila mereka ke sana untuk berhubung dan mencari bantuan terutamanya amalan perniagaan tempatan di negara tersebut.

Undang-undang Perdagangan Strategik

Undang-undang Perdagangan Strategik adalah undang-undang yang mengawal eksport, trans-penghantaran, transit dan agen produk strategik, termasuk senjata dan bahan berkaitan, serta kegiatan yang akan atau memudahkan rekabentuk, pengembangan, pengeluaran dan penghantaran senjata pemusnah besar-besaran . Undang-undang ini sesuai dengan keselamatan negara Malaysia dan kewajipan antarabangsa.

Pada tahun 2004, Majlis Keselamatan PBB meluluskan resolusi yang meminta negara-negara anggota untuk menubuhkan sebuah sistem kawalan eksport untuk tujuan non-proliferasi senjata pemusnah besar-besaran. Sebagai negara ahli, kami diminta untuk mengawal eksport produk strategik yang boleh digunakan untuk kegiatan pengganas.

Setiap orang yang terlibat dalam penghantaran, eksport trans-atau membawa ke transit item strategik. Ini termasuk peniaga, pengeksport, agen kargo, pembekal, syarikat pengangkutan, pembekal makanan, logistik atau pembekal perkhidmatan.
Setiap kali seseorang / suatu entiti melakukan segala kegiatan yang berkaitan dengan eksport, penghantaran trans, transit dan agen produk strategik, mereka harus mendapatkan kebenaran eksport / sijil broker dari pihak berkuasa yang relevan untuk produk strategik berdasarkan Perdagangan Strategik (Produk Strategik) Order 2010
Sesiapa yang melanggar undang-undang boleh dikenakan hukuman penjara, denda dan / atau hukuman mati sebagaimana termaktub dalam STA 2010.

Produk strategik

Produk strategik merujuk kepada barangan dan teknologi yang dikawal di bawah STA. Satu senarai yang tetap dan komprehensif barang-barang strategik terkawal akan ditetapkan dalam Ministerial Order dan diterbitkan dalam Government Gazette. Senarai ini akan mencerminkan barang-barang yang perlu dikendalikan di bawah kawalan eksport global rejim serta Majlis Keselamatan PBB Resolusi 1540.

Item yang dikategorikan seperti berikut:
i. bahan nuklear, kemudahan dan peralatan;
ii. bahan khusus dan peralatan yang berkaitan;
iii. bahan pemprosesan;
iv. elektronik;
v. komputer;
vi. telekomunikasi dan keselamatan maklumat;
vii. sensor dan laser;
viii. navigasi dan avionik;
ix. laut;
x. Aeroangkasa dan propulsi, dan
xi. barangan tentera.

Senarai Produk Strategik adalah senarai telus yang akan dikukuhkan sebagai pesanan Perdagangan Strategik (Strategic Produk). Pengeksport boleh menyemak senarai barang dan mengenalpasti status sesuatu produk.

Transit bererti membawa barang-barang dari mana-mana negara ke Malaysia melalui darat, laut atau udara, tetapi di mana barangan harus dibawa keluar dari Malaysia pada alat angkut yang sama di mana mereka dibawa ke Malaysia atau alat angkut yang lain dan apakah atau tidak barang tersebut mendarat atau dipindahkan di Malaysia, tetapi tidak termasuk bahagian melalui Malaysia yang bersesuaian dengan undang-undang antarabangsa dari alat angkut asing yang membawa apa-apa barang.

Dengan erti kata lain, barang dalam perjalanan atau pemindahan tidak boleh memasuki Principal Customs Area (PCA) dan dengan juga tidak dibenarkan masuk ke dalam perdagangan Malaysia.

Pembroker

Pembroker merujuk pada aktiviti perundingan, menetapkan atau memudahkan pembelian, pembiayaan, menyampaikan, penjualan atau penyediaan barang, atau membeli, menjual atau membekalkan barang-barang seperti oleh seseorang, atas nama sendiri atau bertindak sebagai agen atas nama lain orang.

Di bawah STA broker wajib memiliki kebenaran untuk broker barangan strategik jika dia:
  • diberitahukan oleh Pihak yang relevan atau pegawai yang diberi kuasa;
  • tahu, atau
  • mempunyai alasan yang wajar,
bahawa barang-barang strategik seperti dimaksudkan atau mungkin untuk digunakan, seluruhnya atau sebahagian, untuk atau dalam hubungannya dengan aktiviti terhad.

Jenis-jenis permit boleh didapati?

Jenis permit eksport dan pendaftaran broker adalah sebagai berikut:
1. permit sekali guna;
2. permit jumlah besar;
3. permit banyak kegunaan;
4. permit khas; dan
5. sijil pendaftaran broker.

Jenis yang sesuai dengan syarikat

Ketika memilih kebenaran tersebut, anda perlu mempertimbangkan keperluan perniagaan anda dan aktiviti dan permit yang anda mungkin memenuhi syarat-syaratnya. Berikut ini adalah gambaran dari permit masing-masing:
  1. Permit sekali guna - permit eksport adalah sekali sahaja dan diterbitkan atas dasar penghantaran .
  2. Permit jumlah besar - permit beberapa eksport pengapalan yang ditempat untuk satu negara tunggal / tujuan.
  3. Permit banyak kegunaan - permit beberapa penghantaran eksport yang ditujukan untuk beberapa negara / tujuan.
  4. permit khas -. permit eksport sekali sahaja untuk mengeksport terhad kepada pengguna akhir dan diterbitkan atas dasar penghantaran
  5. sijil pendaftaran broker - permit sijil yang diterbitkan untuk barang/ aktiviti broker strategik .

Memohon permit eksport / pendaftaran broker?

Permohonan permit eksport / pendaftaran broker harus dilakukan tidak kurang dari waktu yang berikut sebelum barang strategik dieksport:
  1. permit sekali guna - 5 hari
  2. permit jumlah besar - 2 bulan
  3. permit banyak kegunaan - 2 bulan
  4. pendaftaran broker - 14 hari

Tempoh masa untuk permit eksport / pendaftaran broker?

  1. permit sekali guna - 6 bulan
  2. permit jumlah besar - 2 tahun
  3. permit banyak kegunaan - 2 tahun
  4. permit khas - 1 tahun
  5. sijil pendaftaran broker - 1 tahun



Friday, May 2, 2014
10 Produk R&D

10 Produk R&D


Produk:          Pengcas Solar

Pengcas Solar  mampu mengecas telefon bimbit malah tenaga keterbaharuan di simpan dalam bateri kecilnya mampu digunakan untuk memasang lampu kecil dan boleh membekalkan tenaga menggerakkan peralatan elektronik kecil.



Info lanjut sila Hubungi: Prof Madya Dr Nowshad Amin

Alamat:      Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina,
                    UKM

Tel:            n/a

Emel:         n/a




Produk:             Cilibangi
                  
Cilibangi atau nama komersialnya Crunchious, salah satu produk pertanian hasil Penyelidikan dan Pembangunan berterusan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Cili yang dihasilkan melalui kajian sebuah anak syarikat UKM Technology Sdn. Bhd. (UKM Tech) iaitu Serotech Sdn. Bhd. (Serotech), akan memasarkan cili tersebut menerusi kerjasama dengan beberapa syarikat di pusat membeli-belah, pasar tani dan pasar borong.

Info lanjut sila Hubungi:   Professor Dr. Ahmed Mahir Mokhtar Bakri 

Alamat:   Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina , UKM.

Tel:          n/a

Emel:        n/a





Produk:                           Taharah
                                   
Syarikat TAHARAH GLOBAL (M) SDN BHD telah mengambil inovasi dalam pengeluaran produk-produk pengguna berasaskan tanah liat dan rumpai laut. Produk utama yang dikeluarkan adalah sabun mandian, sabun kecantikan serta rangkaian produk penjagaan diri dan kosmetik. Pihak syarikat telah melakukan R&D ke atas produk ini dan mendapati bahawa ia mempunyai pelbagai kelebihan yang dapat dimanfaatkan oleh semua golongan penduduk di Malaysia.
Melalui kajian yang telah dibuat, di dapati bahawa pengeluaran sabun tanah liat ini adalah merupakan yang pertama di Malaysia dan dunia yang diperbuat daripada tanah liat terpilih dan boleh digunakan untuk tujuan kecantikan dan kesihatan kulit.

Info lanjut sila Hubungi: Taharah Global (M) Sdn Bhd

Alamat:      E-G-7B, Jalan PJU 10/9C, Prima Damansara, Jalan Sg. Buloh, 47830 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan

Tel:             603 – 6157 3416, 603-6276 3416

Emel:          hi@taharah.com.my




Produk:  Pengganti Garam atau MSG perisa tambahan dalam makanan (Kardio-mate)
                                   
Dibangunkan di Institut Biosains Universiti Putra Malaysia (UPM) pada tahun 2010 di bawah Felo penyelidik Dr. Suhaila binti Mohamed dari Fakulti Sains dan Teknologi Makanan UPM Serdang.
Kos penyelidikan memakan belanja sebanyak setengah juta dan ia dibiayai menerusi geran penyelidikan dari Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Kementerian Pengajian Tinggi dan UPM
Diperbuat daripada rumpai laut yang berupaya meningkatkan kolesterol baik dalam tubuh badan serta mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.
Kardio-mate mengandungi kandungan rendah natrium dan lemak, kandungan tinggi kalsium serta protein, kaya dengan serat larut dan lain-lain galian penting seperti antara lain magnesium, kalsium, besi, kuprum serta zink.

Info lanjut sila Hubungi: Dr Suhaila dari Institusi Biosains UPM

Alamat:      Institusi Biosains UPM

Tel:             n/a

Emel:          n/a





Produk: Vaksin Tilapia
                                   
Dibangunkan oleh Prof Madya Dr. Mariana Nor Shamsudin dari Laboratori Sains Marin dan Akuakultur (MARSLAB) lnstitut Biosains, Unirersiti Putra Malaysia (UPM) telah menjalankan penyelidikan terhadap pengeluaran vaksin untuk ikan tilapia merah (orco-cromus sp) sejak beberapa uhun lalu. 
Antara penyakit yang kerap kali menyerang idustri akuakultur air tawar ialah bakteria yang dikenali sebagai Aeromonas Hydrofila. Bakteria tersebut megeluarkan bahan toksin yang menyebabkan ikan mengalami reput ekor, reput sirip, pendarahan, sisik terkeluar dan ulser.
Serangan bakteria ini akan menyebabkan kematian ikan secara besar-besaran dan seterusnya membawa kerugian kepada penternak ikan komersial. 

Info lanjut sila Hubungi: Prof Madya Dr Mariana Nor Shamsudin

Alamat:      Laboratori sains Marin dan Akuakultur(MARSLAB) Institut Biosains, UPM

Tel:             n/a

Emel:          n/a





Produk: Perata Batang Buluh
                                   
Dibangunkan oleh sekumpulan penyelidik di Jabatan Produksi Perhutanan, Fakulti perhutanan, UPM yang diketuai oleh Prof Madya Dr Edi Suhaimi Bakar.
Teknologi itu dinamakan sebagai ‘V-Grooving’ (Pengaluran bentuk V) yang merupakan alternatif bagi menangani masalah bekalan kayu dalam industri kayu di negara ini.
Antara kelebihan lain bagi kaedah V-Grooving ialah ia menjimatkan kos pengeluaran dan bahan mentah serta menghasilkan produk berkualiti dan bahan hijau. Inovasi baru ini juga meningkatkan pulangan bagi isi padu buluh yang telah diratakan dari 65 peratus ke 85 hingga 90 peratus.
Inovasi V-Grooving mendapat pengiktirafan Pingat Emas pada Pameran Reka Cipta Penyelidikan dan Inovasi (PRPI) UPM 2012.

Info lanjut sila Hubungi: Prof Madya dr Edi Suhaimi Bakar

Alamat:     Jabatan Produksi Perhutan, Fakulti perhutanan, UPM

Tel:             n/a

Emel:          n/a





Produk: Mesin pemasteuran kompak mudah alih
                                   
Dibangunkan oleh Prof. Ir. Dr. Norman Mariun dari Fakulti Kejuruteraan UPM sejak tahun 1997 dan siap sepenuhnya pada tahun 2004.
 Dikenali sebagai Pempasteuran Haba Ohmik, mesin tersebut dilengkapi dengan peralatan seperti sel pemanasan ohmik, sistem pengurusan bendalir dan juga sistem kawalan suhu.
Sesuai digunakan untuk proses mempasteur produk makanan dalam bentuk cecair seperti sos, kicap, susu dan sebagainya.
Kelebihan mesin ini adalah penggunaannya mengekalkan kualiti makanan, bersih, menjimatkan tenaga sebanyak 50 peratus, tiada kebocoran tenaga dan selamat.

Info lanjut sila Hubungi: Prof Ir Dr Norman Mariun

Alamat:     Fakulti Kejuruteraan UPM

Tel:             n/a

Emel:          n/a





Produk: Alat Pengesan Pengawet
                                   
Dibangunkan oleh Prof. Madya. Dr. Fatimah Abu Bakar dari Jabatan Sains Makanan, Fakulti Sains dan Teknologi Makanan UPM.

Alat pengesan ini dapat mengesan formaldehid iaitu bahan pengawet mayat yang banyak digunakan dalam sektor perkilangan seperti pembuatan kertas, papan lapis dan pengawetan tisu spesimen di dalam ikan dan makanan laut lain.

Formaldehid berbahaya kepada manusia kerana boleh menyumbang kepada risiko penyakit barah paru-paru, otak dan leukemia.

Penemuan ini memudahkan agensi pengawasan dan pemantauan termasuk Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia membuat pemeriksaan untuk mengesan penggunaan formaldehid dalam ikan dan makanan laut di seluruh negara.

Info lanjut sila Hubungi: Prof Madya Dr Fatimah Abu Bakar

Alamat:     Jabatan Sains Makanan, Fakulti Sains dan Teknologi Makanan, UPM

Tel:             n/a

Emel:          n/a





Produk: Kolagen Kulit Ikan Tilapia untuk Kosmetik dan Kesihatan
                                   
Dibangunkan oleh Prof. Dr. Jamilah Bakar dari Jabatan Teknologi Makanan, Fakulti Sains dan Teknologi Makanan UPM.
Penyelidikan selama 12 tahun menjalankan kajian bagi membangunkan sendiri teknologi pengekstrakan kolagen akuatik daripada kulit ikan tilapia ternyata membuahkan hasil apabila negara bakal mempunyai kilang pengekstrak kolagen halal daripada kulit ikan tilapia yang pertama di rantau ini. Produk itu bakal dikomersialkan melalui kerjasama antara UPM dengan syarikat Bionic Lifesciences Sdn. Bhd.

Kolagen yang berfungsi memelihara kecantikan kulit, mempercepatkan penyembuhan luka serta membantu memulihkan kekenyalan otot dan masalah sendi.

Info lanjut sila Hubungi: Prof Dr. Jamilah Bakar

Alamat:     Jabatan Teknologi Makanan, Fakulti sains dan Teknologi Makanan, UPM

Tel:             n/a

Emel:          n/a





Produk: Sistem Bioreaktor Tingkat Benih Orkid
                                   
Dibangunkan oleh Prof. Dr. Maziah Mahmood dari Jabatan Biokimia, Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul (FBSB), Universiti Putra Malaysia (UPM). Sistem ini menggunakan tisu kultur untuk mempercepatkan proses pembungaan untuk meningkatkan hasil anak benih orki.
Transformasi genetik sistem ini membolehkan orkid tahan penyakit, mengeluarkan bunga sepanjang tahun kepelbagaian warna bunga, bunga yang tahan lama dan mengeluarkan bau. Selain itu teknologi ini menjimatkan kos pembajaan dan pengurusan pokok orkid.

Info lanjut sila Hubungi: Prof Dr Maziah Mahmood

Alamat:     Jabatan Biokimia, Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul(FBSB) , UPM

Tel:             n/a

Emel:          n/a


Sumber : 


http://mstar.com.my/mingguan/cerita.asp?file=/2012/8/14/mstar_mingguan/20120814161652&sec=mstar_mingguan

http://psasir.upm.edu.my/2760/1/0413.pdf

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/UPMciptaalatkesanpengawet/Article/

http://marcomm.upm.edu.my/news/v1/?show=resnews&id=15

http://marcomm.upm.edu.my/news/v1/?show=resnews&id=13
Copyright © 2012 WEBUILD SDN. BHD. All Right Reserved
Rekabentuk oleh WEBUILD SDN. BHD.